Khamis, Mac 12, 2009

Kisah dan Lagu Season In The Sun

Bila kepenatan teramat, anak-anak didik inilah penghibur di hati. Hanisah dan Sakinah 3 Kenanga sempat bergambar sebaik selesai kelas.Lawak jenaka mereka selalu mengalahkan marah saya. Tagline Hanisah, " Teacher I love you, teacher". Saya terus tak jadi marah.
Pelajar 2 Yasmeen ( dari kiri Faizzuan, Amirul dan Syafiq Ruslan ) sedang tekun menyiapkan karangan yang diberi.


Mohamad Akmal 3Melati yang mulanya begitu pemalu kini semakin yakin memberi penerangan tentang tugasan yang telah dibuat. Walaupun salah iaitu he is dan bukan he are, saya tetap memuji kesungguhan pelajar ini membuat pembentangan.


Teoh Chun Shuen (kiri) dan Chong Sin Hwa (kanan) dari 3 Melati mencari bahan untuk dimuatkan di dalam pembentangan slide show power point. Tahniah Teoh!. Beliau berjaya memperoleh skor tertinggi iaitu 95 peratus mengalahkan pelajar 3 Raflesia untuk Ujian Mac.


Siti Aishah Mardhiah dan Amirah Aimi dari 3 Raflesia sedang menyiapkan pembentangan Novel Dr Jekyll and Mr Hyde dan ia termasuk di dalam kriteria pemarkahan untuk Ujian Lisan (School Based Oral Assessment)

Antara beberapa Pelajar 3 Kenanga yang sentiasa patuh arahan saya. Syabas!

Ada sesuatu perkara yang terpahat di hati saya. Ia tentang lagu Season In The Sun oleh West Life yang menjadi siulan anak-anak ini beberapa minggu ini kerana melodinya yang amat menyentuh hati. Saya mainkan lagu ini sekaligus sebagai usaha memahamkan mereka tentang verb of past tense dan tugasan SBOA. Saya dapati sebahagian pelajar dari lima kelas yang saya ajar gagal menahan air mata. Pada satu peringkat, saya juga sebak apabila mereka begitu lancar bercerita berdasarkan kaitan lagu dan pengalaman tentang masalah keluarga mereka dan ia berjaya diperincikan di dalam bahasa Inggeris. Mereka menyanyi dan begitu juga saya dan ia mengingatkan saya ketika saya di bangku sekolah seperti anak-anak ini juga.
Sama ada anak-anak ini lemah atau cemerlang penguasaannya di dalam bahasa Inggeris, hak mereka untuk belajar jangan sesekali dinafikan. Wallahualam.

4 ulasan:

  1. Season in the Sun is originally sung by Terry Jacks about 1970's. http://www.youtube.com/watch?v=pfm-17pu6SQ

    One of my classic collections.

    I am kind of surprised seeing students nowadays listen to classics! Actually, Westlife sings a lot of classics, like You Raise Me Up (Celtic Woman's is perfect).

    BalasPadam
  2. teacher....season in the sun and teacher sedar kn min...

    min skunk da x sedey...

    min da boleh terima...

    min nk belajar sungguh nk mama min bangga..

    min nk sume orang bangga ngan min

    sebenarnye..

    i not sedih only about family but

    i hav a friendship problem..

    friend only teacher not bf...

    maybe if i have time..i really want 2 tell u...

    that all..

    n teacher my new n improve blog

    www.mincayunkkowang.blogspot.com

    BalasPadam
  3. sorry teacher..if the first one cannot open..
    try this..

    www.mincayunkdorang.blogspot.com

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w