Selasa, Mei 31, 2011

Ke Medan Indonesia pula...

Minggu ni saya akan  'terbang' lagi.  Kali ini ke Medan, Indonesia. Dalam dua hari ini, saya sibuk mengemas apa-apa yang patut. Seperti di Ho Chi Minh City, saya juga teruja untuk ke Medan. Kali ini melalui pembacaan internet di samping bertanya siapa yang pernah pergi, saya difahamkan ia antara destinasi tebaik, pertama untuk berehat dan kedua, apa lagi...membeli belahlah  hehehe. Misi saya kali ini  selain melancong adalah membeli barang kelengkapan perkahwinan adik. Ini adalah entri akhir sebelum saya berlepas jam 4.00 pagi , khamis , 2 Jun dan pulang pada 6 Jun ini.   Semoga perjalanan kami menimba pengalaman di sana dipermudahkan olehNya, pergi dan balik. Nanti akan dipaparkan entri..apa yang menarik di sana ya..

Isnin, Mei 23, 2011

ời tạm biệt Việt Nam ( Selamat Tinggal Vietnam)

Hari akhir  berada di Ho Chi Minh City adalah momen yang berat untuk ditinggalkan,  setelah berada selama empat hari tiga malam, dari 19-22 Mei 2011. Saya akui jika diberi peluang, saya ingin menyambung percutian ini.  Setinggi tahniah kepada agensi pelancongan POTO Travel di atas perkhidmatan 5 bintang mereka sepanjang kami berada di sini. Saya seronok menimba pengalaman di negara orang. Jika ada keizinan, saya pasti datang lagi. Beberapa tips untuk sesiapa yang ingin bercuti di Ho Chi Minh City:
Duit RM Malaysia adalah RM 15.50 dalam tukaran Dong 100,000  yang saya tukar di  Malaysia minggu lepas.
1. Urusan perbelanjaan rata-ratanya di dalam USD dan Dong.  Tukarlah mata wang USD atau Dong siap-siap sebelum sampai di Vietnam kerana perbezaan nilai tukaran sedikit berbeza mengikut negara. Terdapat rakan rombongan yang menukar mata wang Dong  di sana yang nilai tukarannya rendah dari nilai semasa. Jangan pandai-pandai menukar matawang USD kepada RM di sana kerana nilai RM rendah.
Saya sedang memilih baju Syifa' di pinggiran Sungai Mekong. Nampak tak baju yang tergantung,  kanan hujung sekali? Comel  sungguh.
Ini adalah barangan yang saya 'shopping' di Bentyn Market, Ben tye market dan pinggiran Sg Mekong. Tu yang peragawati comel tu adalah Syifa'. Menggayakan aun-ya.
2. Ketika di Ben Thanh Market mahupun di Bentye Market ( China Town )  jangan pegang barangan yang anda suka, belek-belek macam di Malaysia kerana penjual di sini menggunakan teknik 'pegang tak kasi lepas', kalau anda buat macam tu.  Caranya adalah terus tanya  harga barangan berapa USD atau Dong. Teknik ini saya gunakan dan berjaya. Dapatlah harganya berbaloi-baloi, hasil pembacaan di internet juga. Lepas tu paling penting tawarlah  separuh harga dari harga yang dia sebut. Kena garang sikit sebab dia orang ni garang bab tawar menawar tapi mesra bila beri penerangan. Pengalaman saya, barangan seperti beg dan baju lebih murah berbaloi-baloi di hentian jeti besar dan jeti kecil sungai Mekong berbanding Bentyn market.

Tengok, sibuk giler!!..di kota raya Ho chi Minh City. Majoriti bermotor.
Kaum wanita sangat ramai bermotor. Pandangan dari bas, waktu malam,
 3. Jangan letakkan wang anda pada satu tempat walaupun dalam hotel. Dah terjadi, rakan rombongan saya kehilangan wang di bilik hotel pada hari akhir di sini. Selepas pukul 10 malam sekiranya anda ingin ke pasar malam, waktu ini dikatakan 'peak time' segelintir pencopet dan peragut. Hati-hati. Jangan nak tunjuk gelang cantik anda kerana itu adalah yang paling diminati peragut.  Jalan raya penghubung bandar antara bangunan kedai tersangatlah luas dan sayup mata memandang. Pastikan anda berjalan di dalam kumpulan dan  membelok ke kanan dan ke kiri. 3/4 kenderaan adalah motosikal dan beri isyarat tangan, jika anda mahu melintas. mereka pun faham kita pelancong.

Macam-macam Tshirt di butik Hard Rock Cafe. Giler jadinya..
4. Bagi penggemar t-shirt Hard Rock Cafe  ( dah berjangkit dengan suami), singgah-singgahlah di butiknya. Murah woo..

Sajian makanan pelbagai, semuanya best di Sate House.

Dari kiri kak Norizan dan anak, Hj Shaari dan isteri( ada pun gambar, saya jumpa akhirnya!), Mr Ann pemandu pelancong,pakcik dan makcik yang baik hati (lupa nama), makcik Rafeah yang happening, saya dan Puan Raja Rafidah, ketua rombongan Poto Travel.
5. Jangan risau bab makan kerana ada tiga restoran halal yang menyajikan masakan melayu seperti restoran Sate House,  Restoran Four Season dan  Restoran Shamsudin. 

Dalam flight Airasia sebelum pulang ke Malaysia
Sempat 'snap' buat kenang-kenangan hehehe...
6.  Dan akhir sekali, Jangan 'snap' gambar  Airasia dari jarak dekat walaupun untuk tujuan suka-suka. Saya dah kena 'warning manja' dengan 'guard'  Airasia  hanya kerana ambik gambar flight kami, ketika berjalan ke balai ketibaan. Mana hamba tahu.. ampunn!..

Selamat tinggal Ho Chi Minh City.  Saya tidak lupa keunikan dan budaya, terutama tinggalan perang dan kemesraan rakan rombongan. Saya nak pergi lagi satu hari nanti. Kami sampai Malaysia jam 7 .30 malam dan ia kenangan terindah yang terpahat di diari saya tahun 2011.. sebabnya ia adalah hadiah hari lahir saya juga untuk tahun ini dari suami tercinta. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Selepas ini jalan-jalan ke Medan, Indonesia pula...


Ahad, Mei 22, 2011

Silaturrahim di Ho Chi Minh City

pelayan tetamu di lobi hotel Kingston.

Sebenarnya ketika mengunjungi Ho Chi Minh City, ada perkara lain lagi yang menarik hati saya untuk menulis. Ia adalah  tentang silaturrahim yang berlangsung sepanjang berada sini. Sebelum itu, saya rasa puas hati berbaloi-baloi kerana hotel 3 bintang  dia orang ni setaraf 5 bintang di Malaysia. Bersih dan luas.  Itulah kingston Hotel. Kredit untuk Poto Travel yang bijak pilih hotel.
Jam di dalam bilik saya menginap
Jam ini tak ada apa yang luar biasa. Cuma saya tertarik dengan rekaannya ada perkataan Saigon 1991. Saigon dan Ho Chi Minh adalah bandar sama.
Pandangan dari tingkap hotel tempat saya menginap, bandaraya Ho Chi Minh tersergam  indah

Tempat sarapan. Ramai pelancong asing tapi pelancong Malaysia macam buat rumah kedua. 

"Inilah Vietnam...". Replika peta Vietnam ini terletak di satu sudut di lobi Hotel Kingston

Ini kakak yang 'care' kat semua orang- Puan Norizan. Baru jumpa macam dah lama kenal.
Dengan pelbagai latar belakang dan negeri berlainan, bukanlah halangan untuk membina silaturrahim. Gambar di atas, adalah Puan Norizan dari Kulim. Cara beliau berkomunikasi mengingatkan saya kepada rakan dan sahabat baik, Puan Norakmar. Kak Zan ajak kami berjalan ke Korea pula lepas ni. Bestnya kalau dapat pergi. Dasyat kak zan shopping di Ho Chi Minh city. 

Inilah pakcik Talib dan Makcik Rafeah. Rasa  mesra betul macam keluarga sendiri. Dia orang ni tauke catering di Selayang
Pakcik Talib dan makcik Rafeah ni banyak berkongsi kisah kehidupan dengan saya. Macam dah lama kenal. 'Orang yang dah lama 'makan garam' dan sebaya dengan mak dan arwah ayah saya. Dia orang panggil saya'cikgu',hehehe. Saya ingat semasa kami berjalan-jalan di bandar Ho Ch Minh yang besar dan luas menuju ke Ben Thanh market,  antaranya makcik bercerita tenang keberkatan rezeki. Banyak nasihat diberikan.   Makcik dan pakcik ni rata dah berjalan. Saya dan suami baru je nak mula.., hehehe. Anak-anaknya semua 'menjadi'. Makcik inilah yang menyanyi  kecil lagu  dayung sampan  ketika berjalan menuju jeti, tiba-tiba ada penduduk Vietnam menyambung nyanyian itu dalam bahasa dia orang.
Saat akhir menuju lapangan terbang, bukan halangan untuk beli, beli, beli lagi.
Begitu juga mengenali Haji Shaari dan isteri, yang juga berkongsi tentang kecantikan Beijing( gambar di entri selamat tinggal vietnam). Tidak rugi kita berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana ia mematangkan lagi perjalanan kehidupan. 

Sabtu, Mei 21, 2011

Hari Ketiga- Menyusuri Sungai Mekong dan Persembahan Boneka Air

Perjalanan diteruskan dengan menyusuri Sungai Mekong pada hari ketiga. Inilah pemandangan Sungai Mekong. Sebelum memulakan perjalanan ke susur denai yang lebih kecil, saya sempat membeli cenderahati di jeti Sungai Mekong. Beg galas. Cantik-cantik dan harga sangatlah berbaloi.
Dalam perjalanan, Mr Ann memberi penerangan ringkas kepada ahli rombongan tentang keindahan Sungai Mekong. Saya rasa macam naik feri di Langkawi dan Penang tapi apa yang lebih menariknya adalah penduduknya yang gigih bekerja tidak kira lelaki atau perempuan mengendalikan pelancong datang. Dalam hati saya menyesal tidak membeli topi di jeti tadi. Ramai juga yang membeli topi.
Saya sempatlah senyum merakam gambar sendiri  manakala suami di sebelah, kusyuk menikmati panorama alam sambil mendengar penerangan Mr Ann.
Sesampai di jeti kecil, tidak jauh dari jeti besar, kami dibawa melawat proses membuat manisan daripada kelapa. Sedap rasanya seperti gula-gula kelapa di Malaysia. Prosesnya menggunakan mesin di atas dengan meyaring isi kelapa gred A. Ia tahan 6 bulan kerana disalut dengan plastik lutsinar yang cair di mulut.
Nilah manisan kelapa. Selepas tempahan, bayar dan tulis nama atas plastik. Nanti dah nak sampai, ada'runner' hantar atas bot.
Untuk menyusuri denai sungai Mekong, kami terlebih dahulu melalui kawasan pinggiran hutan kecil. Sebaik sampai, kami dijamu dengan teh madu dicampur limau nipis. Hilang dahaga. Kami berjalan lebih kurang 2 km untuk sampai ke sini.
Di hentian lain, kami berhenti pula dan dijamu lagi. Kali ini pelbagai jenis buah-buahan.
Bukan itu sahaja, rupanya ada kumpulan persembahan lagu tradisional.  Dendangan lagunya sangat biasa didengar. 'Kalau gembira tepuk tangan' dan 'dayung sampan' tapi versi di sinilah hehehe. Lepas semua penonton tepuk tangan, kumpulan persembahan ini bawa bakul seorang satu minta tips. Faham-fahamla..dah penat nyanyi.
Salah seorang penyanyi kumpulan persembahan. Panjang sungguh rambutnya..
Apa yang anda fikir apabila melihat gambar di atas? Ia menarik lensa kamera saya. Suami saya suruh letak kapsyen: cuba teka, orang ke hantu? hehehe.  Apa yang menarik perhatian saya adalah kaum wanita Vietnam. Tengoklah gambar di atas, rambutnya panjang dan badannya langsing. Saya difahamkan oleh Mr Ann, kaum wanita Vietnam sangat menjaga penampilan mereka supaya kekal langsing. Patutlah, saya perhatikan di taman-taman dan beberapa tempat lain, kaum wanitanya beramai-ramai 'tai-chi' dan senam robik setiap pagi. Menurut Mr Ann, kaum lelaki di sana dikatakanakan meninggalkan isteri mereka sekiranya badan tidak langsing. Tahap tu??? huiyoo...kejam.  Satu lagi, di sini terdapat royal jelly asli yang digunakan oleh wanita Vietnam untuk mencantikkan kulit. Saya perhatikan, kulit dia orang, memang cantik.
Sambil berjalan menuju ke jeti kecil, saya berjalan bersama makcik Rafeah. Saya senyum sendirian kerana makcik Rafeah menyanyi lagu, dayung sampan. Belum pun habis, seorang penduduk vietnam berhampiran menyambung nyanyian tersebut.. bersambung-sambung.  Satu bot kecil, 4 orang. Kami diberi topi tudung saji sorang satu. Saya suami dan Dato' J serta Datin satu sampan. Dayung sampan....lalala. Laju juga gerakan sampannya. Kemudian sampai di Jeti besar, saya borong bag galas lagi. Ke jeti besar kena naik feri. Naik sampan, mahu rentung hehehehe.
Persembahan baru bermula, walaupun dalam bahasa Vietnam,  gerak laku boneka  mudah difahami.  
Malamnya kami menyaksikan pertunjukan boneka dalam air. Di Malaysia ,nak tengok teater apatah lagi pertunjukan sewaktu dengannya, sikit punya susah. Di sini, hambik. Bahasa memang tak faham sebab 100 peratus dalam bahasa dia orang. Sangat menarik sebab boneka bergerak dalam air dan ada pelakonnya. 
Boneka menari dalam air dengan dikawal gerak laku oleh pelakon-pelakon handalan. 

pementasan boneka dalam air disaksikan ramai pelancong negara luar.
Seronok saya di Vietnam. Belum cerita bab shopping lagi..tunggu.

Jumaat, Mei 20, 2011

Hari kedua- Pengalaman di 'Post Office' dan Muzium Perang

Masjid Dong Du
Rakyat Vietnam yang lima peratusnya adalah berketurunan melayu-champa beragama Islam
Di masjid ini, kami solat jamak. Kebetulan hari jumaat. Rakan rombongan lelaki mengerjakan solat jumaat.  Sementara itu, ada seorang pekerja perempuan menyambut ketibaan dan menunjukkan kami tempat berwuduk. Memang agak jauh, dibelakang masjid dan terpaksa melalui belakang kedai makan untuk mengambil wuduk. Selesai berjemaah, ada seorang jemaah baik hati memberi sedekah mee segera kepada kebanyakan pelancong muslim. Saya melihat ramai orang Malaysia. Macam rumah kedua pulak...
Menikmati hidangan di restoran Four Seasons. 
Masakan asam pedasnya how liaw!
Sambil-sambil melawat Post Office tinggalan jajahan Perancis, kami mengabadikan gambar kenangan. Inilah rakan rombongan Poto Travel. Baru kenal 2-3 hari tapi rasanya kemesraan mereka ini dah macam keluarga. Antaranya Makcik Rafeah dan Pakcik Talib dari Selayang, Puan Norizan dari Pulau Pinang dan Haji Shaari dan isteri serta lain-lain lagi. Tidak dilupakan tour leader Poto Travel yang  dedikasi, Puan Raja Rafidah. Termasuklah Mr Ann yang sungguh komited, mengingatkan waktu solat sambil-sambil melawat. Saya kagum, dia bukan muslim tapi hormatnya dan cara beliau mengendalikan perjalanan Poto Travel ini macam orang muslim.

Bukan tunggu bas ye tapi tengah posing..


Pejabat Pos dari pandangan dalam bangunan
Pejabat pos ini adalah tinggalan penjajahan Perancis. Ia masih terus beroperasi untuk kemudahan rakyat Vietnam. Terdapat banyak jualan cenderahati di kaki lima sepanjang kaki lima. Saya hanya mencuci mata sahaja kerana target' shopping ' di tempat lain hehehe.
Ini yang saya tidak tahan. Kami sampai di muzium perang. Kalau tidak mengenangkan saya berada di kumpulan pengunjung yang ramai di Muzium Perang, agaknya mahu sebaldi air mata saya tumpah. Sedih sangatlah. Sebak rasanya melihat gambar mangsa perang yang terkorban. Mangsa yang hidup  pula  ada anggota badannya cacat disebabkan senjata kimia agent orange. Kerana kesedihan yang tidak tertahan, seorang 'mat saleh' yang  baik hati yang berdiri berdekatan saya, menghulurkan tisu. Saya ke yang emo ni..air mata laju macam roket huhu..
Bangkai pesawat tempur ketika perang vietnam

Pernyataan ramainya rakyat Vietnam yang terkorban semasa perang

Antara senjata yang digunakan  semasa perang

Ini adalah Thuy Linh mangsa senjata kimia 'agent orange. Beliau menggunakan kaki untuk menulis kerana sejak lahir, beliau menjadi korban perang, kehilangan tangan. Namun beliau gigih, meneruskan hidup. Mendiang datuknya adalah mekanik helikopter yang berjuang melawan 'agen oren' 1962-1970. Saya sebak sungguh. Orang sempurna sifatnya belum tentu segigih ini.

Hasil lukisan dari mangsa perang agent orange  yang lain. 

Replika kapal terbang perang


selepas perang, menyaksikan banyak nyawa rakyat vietnam terkorban
Perjalanan diteruskan. Kami balik Hotel dan bersolat jamak zohor dan asar dan  acara bebas adalah bebas selepasnya. Malamnya kalau larat,  nak pergi Pasar Malam Ben Tyhan.  Larat ke? Dah tak larat ni...esok ada lagi. hehe.

Hari Kedua- Pengalaman masuk Kubu Bawah Tanah

 
Mr Ann menunjukkan kubu pertahanan rahsia bawah tanah semasa  perang
Pagi selepas sarapan, kami dibawa ke Chu Chi Tunnel, untuk melihat terowong bawah tanah kubu pertahanan semasa perang. Bagaimana dan apa kaedah digunakan rakyat Vietnam untuk melawan musuh ketika perang? Memang 'superb' la idea dia orang ni. Membina rangkaian perhubungan rahsia dan tersembunyi bawah tanah. Yang  ada 'password' je tahu. Kambus dengan daun mati, seolah tak da apa tapi.. rahsia dalam rahsia.
Inilah terowongnya...
Bayangkan saiznya adalah sebesar  ini, muat-muat untuk orang bersaiz kecil masuk. Saya difahamkan, untuk menjadi gerila  perang dulu, mereka mestilah bersaiz kecil dan makan pun  ikat perut iaitu makan ubi kayu. Tahu tak panjang kubu bawah tanah ni adalah 240  kilometer. Mereka membina rangkaian komunikasi, hospital untuk merawat mangsa perang dan dapur-dapur memasak dalam kubu tersebut. Nak masak, mesti selepas 10 malam supaya asap tidak akan nampak, strategi untuk dapat dikesan pihak musuh.
Mr Ann menunjukkan demonstrasi bagaimana rakyat Vietnam  memboloskan diri mereka ke dalam terowong

Saya kusyuk mendengar dan membayangkan perang dan rahsianya.

Replika rangkaian perhubungan bawah tanah

Terowong masuk
Ni yang saya nak cerita. Tadi Mr Ann buat demosrasi. Kali ini beliau mempelawa sesiapa yang ingin mencuba, melihat apa yang ada di dalamnya. Saya dan suami beserta beberapa orang rakan  terus turun ke bawah. Bayangkan, sebaik menuruni anak tangga akhir ( gambar di atas), saya pun mula mengeclkan badan kerana laluan sempit  dan mengikut orang paling hadapan. Kami tidak berjalan!. Kami merangkak perlahan-lahan. Laluan gelap. Sampai di satu persimpangan, perjalanan saya'terputus' kerana tidak nampak sebarang cahaya. Di belakang saya adalah suami dan ramai lagi. Dalam samar, saya berkira-kira, untuk ke kiri atau ke kanan. Saya pilih kanan kerana terdapat cahaya samar. Nak bergerak, sikit punya susah. Berliku dan sempit sekali!!.
Terowong keluar
Dan akhirnya ini susur keluar. Saya dan suami berjaya keluar. Kira dapat membayangkan gerila tu macam mana kehidupannya di bawah tanah. Gambar kami tak sempat ambil kerana terlalu mengah huhuhu..Jaraknya 500 meter  jer tapi bila dah lalu pengalaman ini , saya bersyukur pada Allah. Saya tidak hidup pada zaman perang. Fuh..berliku, sempit, sakit lutut sebab merangkak lama dan pergerakan perlahan.. agaknya camtula dia orang tapi dia orang dah lali.Saiz pun kecik jer..hehehe.

Di bawah ni adalah jerangkap samar untuk memerangkap musuh. Di atasnya macam biasa. Tapi bila dah terpijak, ia akan berpusing meyebabkan pihak musuh terkena cerucuk tajam tu.
Jerangkap samar untuk memerangkap musuh
Inilah pengalaman pertama saya memasuki kubu bawah tanah. Melawat Terowong Chu Chi memberikan kesan mendalam kerana pertama dapat melawat negara orang dan kedua dapat merasai  cebisan susah  payah  ketika perang. Walaupun situasinya  berbeza dan saya sebagai pelancong, ia menyedarkan saya tentang perlunya bersyukur.
Gi mana lagi ni...bersambung selepas ini hehe.

Solat Cara Nabi s.a.w