Rabu, Ogos 06, 2008

Hobi Baru

Blog ini baru bermula awal Ogos. Yang menceriakan saya adalah saya dapat release tension melalui penulisan blog. Kenapalah saya tidak bermula sedari awal walaupun saya tahu sejak lama.Tiba-tiba hati saya terbuka untuk mencipta blog sendiri. Ia bermula apabila saya berbual2 dengan Pn Haslina Zainal sehinggalah beliau bertanya tentang alamat blog saya.
Secara peribadi, hubungan kami bukan sekadar berkongsi ilmu di tempat kerja malah "she is my shoulder to cry on". Beliau adalah seorang lagi guru SEMEKAR yang mempunyai keperibadian yang mengkagumkan. Segala perkataan yang terkeluar dari mulutnya mendidik saya berfikiran kritis dan kreatif. Mungkin tag line yang sesuai untuk menggambarkan Puan Haslina- perkataan COOL. Seorang ketua dan kakak yang profesional dalam serba serbi dan tak pernah lokek dengan senyuman walaupun senyuman membawa maksud tersirat yang berbeza-beza. (Jangan marah). "Tak boleh jadi ni, saya mesti nak buat blog khas saya." saya terdetik diam-diam. Akhirnya..... . Kalau siapa berkata blog tempat luah perasaan dan boleh menceriakan hidup saya-kerana tak perlu pendam-pendam-SAYA SANGAT BERSETUJU. Saya dah jumpa hobi baru saya, thanx Kak Haslina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w