Isnin, September 28, 2009

Mangga Depan Rumah


Percaturan Mister saya untuk menebang pokok mangga kami yang ditanam di hadapan rumah sebelum ini membuahkan hasil apabila tidak berapa lama selepas itu ia mula berputik dan berbunga sebelum mengeluarkan buahnya yang cantik dan menunggu masa untuk ranum. Lama juga kami menunggu untuk berbuah sehinggalah kami membuat keputusan untuk menebangnya. Semakin banyak buah yang dihasilkan, semakin geram saya dan bagaikan tidak sabar untuk merasai keenakannya. Pokoknya tidaklah sebesar mana tetapi buahnya semakin lebat. Syukur Alhamdulillah.
Ia hanya kisah buah mangga depan rumah saya tetapi sarat dengan pengajaran bahawa jangan mudah putus asa jika apa yang kita lakukan belum menampakkan hasil kerana belum tiba masanya sehinggalah Allah mengizinkan. Sedapnya Mangga!, terutama jika dicicah dengan sambal kicap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w