Pemberian yang tiada taranya dari Allah adalah kesihatan. Jika sihat bolehlah melakukan apa yang diingini, namun jika sebaliknya kadang-kadang apa yang dicitakan tidak kesampaian. Jika kesampaian haruslah sentiasa beringat ia adalah di atas keizinanNya jua.
Semalam saya dan mister menghabiskan sesi terapi getaran menggunakan mesin AlphaOne. Dah tiga hari senbenarnya kami duduk mengikuti terapi ini. Mister saya mengetahui dari kawan dan jiran terdekat kami. Ramai yang mengikuti, kebanyakan usia warga emas. Kebanyakan adalah mereka yang menghidapi kencing manis, penyakit darah tinggi dan komplikasi jantung , masalah saraf dan beberapa penyakit lain.
Salah seorang pegawai terapi sedang menerangkan penyakit -penyakit berpunca dari ketidaklancaran pengaliran darah |
Mesin terapi alphaOne menggunakan getaran elektron 9000 vt |
Apa kelebihan mesin ini? Fokusnya adalah membersih dan melancar pengaliran darah. Darah yang kotor dan pekat sebenarnya berpunca dari pemakanan, udara, stress dan kurang bersenam. Akibat ketidaklancaran pengaliran darah, maka akan timbul bermacam penyakit.
Saya mulai merasa perubahan hari ketiga hari ini setelah duduk selama hampir satu jam selama 3 hari berturut-turut dengan getaran elektron berkuasa rendah 9000vt. Kalau sebelum ini badan lesu, mengantuk, mata keletihan dan badan sakit tetapi hari ini saya rasa cergas dn mood saya ceria berbunga macam musim bunga. Sebenarnya beberapa hari sebelum terapi ini bermula, saya pemarah, sakit kepala menangkap di mata, sakit bahu dan banyak lagi rasa yang kurang enak.
Sekadar berkongsi, bukan nak promosi lebih-lebih. Makan ubat banyak-banyak tidak menjamin saluran darah akan lancar kerana kimia ubat-ubatan yang berlebihan boleh membahayakan sistem badan. Apa kata beralih kepada alternatif mesin AlphaOne. Jangan risau, ia terapi percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan