Pagi ini saya bangun awal dalam jam 4.30 pagi, kerana Mister saya keluar awal bekerja. Dalam keadaan separa mengantuk, saya ke meja komputer untuk menghantar emel kepada rakan kuliah berkenaan tugasan dan informasi. Sambil menulis, terdengar sayup-sayup berkumandang Azan Subuh. Hari ni juga rakan saya yang lain ingin berjumpa dan sudah tentu bercerita tentang tart nanas dan kurma sempena ramadhan.
Tahun ini, permintaan terhadap bangkit kelapa rangup special telah mula saya terima. Disebabkan keenakan biskut resepi turun temurun ini, tidak hairanlah saya biskut rangup ini mendapat sambutan hangat. Tahun lepas, saya terpegun dengan permintaan di luar jangkaan.
Dan tidak hairan, apabila menyediakan sampel untuk dirasa, kadangkala saya juga tidak dapat menahan daripada kepingan biskut ini masuk ke mulut saya. Keenakan rasa gabungan kelapa dan kerangupannya diakui oleh mereka yang pernah merasanya. Siapa yang telah membeli tahun lepas, pasti tidak menyesal dan sudi-sudikanlah membuat tempahan tahun ini pula. Tidak mahal, RM18 sahaja untuk 55 keping ke atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan