Dalam keterujaan menyediakan rendang, saya bertanya diri saya kenapa saya rasa tidak lega, jauh di sudut hati seolahnya ada sesuatu yang merisaukan. Dan saya kenalpasti puncanya adalah kerana saya tergamam kerana baru mengetahui tarikh akhir arahan menghantar kertas penyelidikan adalah semalam!. Saya yang tidak "update" ke atau arahan tidak jelas. Entahlah, malas untuk memikirkan lebih-lebih. tetapi sedikit terkilan dan ada juga sindrom menyalahkan diri. Yang penting kertas cadangan penyelidikan siap. Ramai juga kawan-kawan terdekat tidak hantar lagi bukan sengaja tetapi tidak tahu!. Bukan sengaja tidak hantar tetapi arahan tidak jelas. Mengapa tidak disebut pelajar semester berapa?
Arahan di web site pun adalah tarikh salah. Saya mengetahui ketika kelas OOAD. Terhilang fokus kejap dalam kelas. Cemas kerana ia boleh memberi kesan besar terhadap pengajian saya. Ketika Pensyarah saya Puan R memberi kuliah semalam, saya terus keluar untuk memastikan maklumat yang diterima.
Malam ini, tengah malam saya berjaga menyiapkan cadangan penyelidikan. Saya akan ke fakulti minggu depan dan saya sewajarnya bertenang.
Permudahkan Semuanya Ya Allah...
Dalam kehidupan, saya adalah manusia yang fight for the best walaupun nampak macam 'tidak melawan'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan