Kerabu Daging Goreng |
Asam Pedas Ikan Parang & Bendi |
Pagi tadi, dalam pukul 2 pagi saya tiba-tiba teringin menikmati masakan asam pedas. Walaupun rasa kepenatan kerana berjam-jam menyiapkan tugasan pengajian yang memerlukan kemahiran menganalisis dan mensintaksis, saya tetap teringin untuk memasak asam pedas. Kebetulan ikan parang baru sahaja dibeli semalam oleh Mister saya, jadi semakin 'berjodohlah" nampaknya saya untuk menikmati masakan Asam Pedas. Saya juga telah lama tidak menyediakan juadah ini berikutan bukan dalam senarai makanan Mister saya..
Dalam pada itu, saya sediakan juga Kerabu Daging Goreng sebagai juadah ambahan. Teringat pula baunya seperti inti kebab di tanah suci dua tahun lalu.
Saya menikmati sajian ini dengan rasa lapang walaupun sedikit penat namun rasa seronok. Ini kerana selain saya tidak perlu membeli di Bazar Ramadhan, saya juga dapat kepuasan lain dengan memasak sendiri. Sekaligus menjadi juadah sahur membawa berbuka.
Balik dari UPSI jam 6.30 petang tadi, saya hanya tinggal memanaskan sahaja lagi juadah ini. Syukur, saya boleh menyempurnakan banyak perkara walaupun sibuk juga sebagai pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan