Dipetik dari Ceramah Dato’ Haji Fadhilah Kamsah di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris: “Adakah Anda Punca Masalah Di Pejabat?”, 8 April 2011.
Dalam kehidupan ini Allah akan memberikan apa yang anda perlukan dan apa yang terbaik untuk anda, walaupun ianya bukan yang anda mahukan. Anggaplah setiap hari adalah hari terakhir anda hidup di dunia ini kerana dengan berfikiran demikian anda akan melakukan sehabis baik untuk hari tersebut…mungkin esok anda sudah tiada lagi di dunia ini. Ucapkanlah terima kasih kepada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak, ketua, anak buah dan sesiapa sahaja di sekitar anda.
Bersyukur dan berbahagialah...Orang yang bersyukur adalah orang yang sentiasa mengucapkan terima kasih dan...
- Sentiasa melihat salah sendiri
- Sentiasa mendoakan ketua, rakan sekerja dll
- Elakkan membuat maksiat
- Ingat mati dan bersedia untuk mati dengan melengkapkan ibadah
- Memaafkan orang
- Lakukan apa sahaja dengan bersungguh-sungguh dan terbaik
- Bersedekah
- Sentiasa berubah ke arah yang lebih baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan