Nyanyian I'm Yours untuk hiburan guru-guru SEMEKAR
Bukanlah hadiah yang cikgu nanti-nantikan, sebaliknya keputusan peperiksaan cemerlang itulah yang paling cikgu harapkan. Untuk semua anak didik SEMEKAR mahu pun bekas pelajar yang tidak jemu-jemu menghantar sms, memberi jambangan bunga dan pelbagai tanda hati mahu pun ucapan secara langsung seawal sabtu tempohari sempena sambutan Hari Guru, terima kasih banyak-banyak. Menitis juga air mata bila pelajar 2 Yasmeen mengelilingi saya sambil menyanyikan lagu kegemaran I'm Yours..........