Memaparkan catatan dengan label perpisahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perpisahan. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 29, 2009

perpisahan itu(1)




Beberapa pelajar 3 Kenanga pada mula-mula saya mengenali mereka dalam tahun ini.

Beginilah pengakhirannya. Air mata. Kali ini tidak tertahan-tahan. Kali pertama saya mengumumkan berita perpindahan saya kepada anak-anak 3 Kenanga, saya lihat air mata mereka mulai bergenang. Serentak itu saya mula melihat Fahmi, Khafiz, Sakinah, Hanis, Syikin dan Amirul tidak dapat menahan sebak. Akhirnya airmata mengalir dengan begitu laju kali ini ia semakin meruntun sebak yang mendalam.
"Mengapa teacher nak pindah"
" Teacher dah tak suka ajar kelas kita orang lagi ke"
Saya cuba mengawal runtutan sebak itu. Reaksi berbeza. Ada yang membisingkan diri seperti Shafizan dan Qamarul, begurau tetapi cubaan itu diakhiri kesedihan yang ditahan-tahan.
" Siapapun yang menggantikan teacher selepas ini, hormati guru itu."
"3 Kenanga sangat dekat di hati teacher, kamu semua anak-anak yang baik sebenarnya walaupun sedikit nakal"
" Nanti, insyaAllah teacher janji teacher datang sebelum peperiksaan bermula"
Mereka diam semuanya. Air mata bergenang. Saya dan 3 Kenanga saling berinteraksi tetapi kali ini mereka terdiam hanya mata saling berpandangan. Saya menghampiri Khafiz dan esakan dia semakin rancak.
"Kerana teacherlah saya suka bahasa inggeris, kenapa teacher pindah"
Ya Allah, sebaknya hati saya. Sehingga blog ini ditulis, saya mulai sebak dan ia semakin tajam. Tahukah kamu, teacher sebenarnya sangat sebak untuk meninggalkan kamu sedari peperiksaan semakin hampir tetapi perpindahan ini demi untuk kebaikan teacher maka relakanlah ia sayang..








Solat Cara Nabi s.a.w