Memaparkan catatan dengan label ria. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ria. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 06, 2011

Bila Gembira pulak...


Sorrylah ni blogging ikut 'dan' di kawasan mana lagi kalau tak di tingkat atas rumah, tempat strategik 2 dalam 1 'landing n blogging'. Ok,ada beberapa sebab saya gembira melebihi hari biasa hari ini. Syukur, urusan dan doa dipermudahkanNya.
1. Selain adik saya yang akan melangsungkan perkahwinan september ini( akhirnya), rakan kuliah a.k.a adik angkat saya juga akan melangsungkan perkahwinan september ini( baru dapat call, alhamdulillah bukan hari yang sama).
2. Urusan penyelidikan saya akan berlangsung di 2 buah sekolah. Salah satunya sekolah lama saya dulu. (Rindu pun ye, suspen pun ye) dan bertuahnya saya kerana dibantu sahabat, hjh Mazliana.
3. Malam ni tadi abang ipar sekeluarga 'open table' makan satay. Mekasih belanja.
4. Hjh A call malam kelmarin dan bertanya khabar saya- seronok bila rakan sejawat yang berhati mulia macam Hjh A.
5. Syifa' ikut g kedai dan sempat habiskan masa kat taman.
6. Terakhir tapi paling penting, mood saya dah kembali tak 'swing' macam minggu lepas.

SEGALA PUJIAN BAGIMU ALLAH.

Rabu, Mei 04, 2011

oldPhoto Pro

Family Gathering@ Seremban 2
Macam zaman dolu-dolu tapi gambar ini dirakamkan pada sabtu baru ini sahaja.  Saya teringin nak open table dan alhamdulillah nampaknya ' family gathering' kami menjadi kenyataan. Dengan menggunakan sofware old photo PRO di dalam iphone 4..ish gila betul dengan semua software yang ada dalam iphone 4; macam-macam saya manfaatkan rutin kehidupan seharian dengan pelbagai aplikasi  teknologi yang membantu memudahkan lagi urusan, dengan izinNya.  Dari merakam gambar, menyanyi, mengaji, memasak, dan banya lagi termasuk 'games'.. semuanya best. Iphone 4 adalah hadiah paling dasyat saya dapat semasa meraikan ulangtahun perkahwinan kami pada 31.12.2011 lepas. 'Mekasih" Mister.

Masak Nasi Atas Api

Ini adalah periuk nasi kedua kami sejak awal perkahwinan. Periuk nasi pertama dihadiahkan oleh staff-staff sekolah pertama saya posting 11 tahun yang lalu, ketika saya masih sangat comel dan slim melim hehehe. Disebabkan periuk nasi pertama bersaiz besar menyamai untuk 6 orang makan, maka kami membuat keputusan untuk  membeli yang bersaiz comel sekadar 2-3 orang makan. Praktikal dan nampak cukup-cukup tapi tak menjamin selera pun cukup-cukup. Hehe..
Entri kali ini adalah tentang periuk nasi panasonic kami  kerana ada nostalgia disebaliknya. Jumaat lepas, buat kali pertama sepanjang usia perkahwinan, saya terpaksa memasak nasi atas api . Ia sesuatu yang dah lama saya tinggalkan.  Tiba-tiba periuk nasi di atas meragam. Tak berfungsi.  Namun ,okay gakla masak manual. Sebab saya dibiasakan sejak zaman bujang oleh keluarga dengan memasak atas api. Ingat mak selalu pesan.  Api kecilkan sehingga menggelegak dan tutup sehingga nasi kering. Agak-gakla.
 Masa belum kahwin 'dolu-dolu' ingat mak pesan, tak pandai masak nasi atas api dan gulai lemak cili api ikut piawai oang nogori, tak lakula nanti. Hehehe. Nostalgia. 
Petangnya, bila Mister memeriksa , periuk nasi tadi tiba-tiba ok semula walhal 9 kali saya tekan, siap periksa seluruh periuk kalau ada benda asing ke kan.. Saja nak test la tu.

Ahad, April 24, 2011

"Kezutan" di Secret Recipe

Yang sedang  potong kek tu kakak pengantin dengan pengantin heheh
Hambik.. kek cheese walnut  secret recipe, yummy...
kakak pengantin tiba-tiba  pulak "nervous" time potong kek..
Kannn..mana kakak pengantin nak tahu tiba-tiba ada 'kezutan' di Secret Recipe. Petang tadi, adik saya a.k.a kakngah dan bakal suaminya  meraikan kejutan menyambut ulangtahun kelahiran di Secret recipe 1 utama. Kredit kepada Mister saya yang membantu merakamkan gambar. Sebenarnya inilah perjumpaan pertama saya untuk mengenali lebih dekat bakal suami kak ngah. Alhamdulillah, segalanya bejalan lancar dengan diselangseli kelakar kak ngah yang suka berpantun spontan. 
Bercakap pasal sambutan hari lahir ini, saya rasa terharu sangat-sangat. Siap potong kek,tiup lilin dan dia orang nyanyi untuk saya.  Sedaplah kek cheese walnut tu. Patutlah disuruh tunggu di KFC, dia orang kata "tak jumpa". Walhal rupanya sedang aturkan sesuatu. Terima kasih kepada mister, kak ngah dan bakal suaminya  dan  mereka yang mengingati saya. Walaupun sekadar ucapan, saya sangat menghargai. Peace no war hehehe...

p/s apasal saya nampak gemuk ni. Kamera nih ..huhu

Jumaat, April 22, 2011

My Mummy Rocks

Inilah buah hati saya Syifa'. Panjang ceritanya kalau nak tahu kenapa budak comel ini macam tak boleh dipisahkan dengan saya. Cukuplah kalau tahu, keletah dan mulut becoknya memberi keceriaan tersendiri. Saya ada belikan baju " my mummy rocks" untuknya dulu.  Bulan lepas,  saya sempat merakamkan kandid ketika budak comel ini keluar bersama saya dan adik beradik saya yang lain  di Secret Recipe Sunway Pyramid sambil makan ais krim. Mummy tengok ni katanya ( sambil tunjukkan tulisan di baju) "my... mummy..yocks". "Yelah  kata saya sambil angguk-angguk. 

Solat Cara Nabi s.a.w