Selasa, Ogos 19, 2008

Loh Chuan Tuck

Saya tidak sangka blog saya dikunjungi oleh Loh Chuan Tuck@Iskandar Zulkarnain. Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya. Bekas pelajar SEMEKAR ini saya sifatkan sebagai ikon SEMEKAR yang berjaya di dalam serba serbi dan sehingga sekarang masih belum ada pengganti. Beliau masih berhubung dengan bekas guru-guru dan tetap merendah diri sehingga sekarang. Walaupun hubungan dengan pensyarah tidaklah serapat mana ( mengikut kata Chuan Tuck), tidak seperti hubungan dengan guru tetapi disiplin pengajaran dan pembelajaran dengan kepelbagaian methodologi menjadi sasaran utama kedua-dua kumpulan pendidik. Saya berdoa beliau bukan sahaja menjadi doktor yang berjaya tetapi juga pemimpin yang disegani satu hari nanti.

Chuan Tuck ada menyatakan bahawa saya orang pertama yang meminta pelajar menghantar tugasan melalui blog. Saya suka membuat kelainan, dengan harapan pelajar-pelajar saya juga akan mempunyai blog untuk berhubung dan bertukar pendapat. Dan yang paling penting ia adalah instrumen mendekatkan hubungan saya dengan pelajar dan rakan sejawat saya. Sebut pasal blog dan warna kegemaran saya hijau, saya sempat mengunjungi blog Puan Anita Tajuddin. Wah! cantik dan menarik "site" Kak Nit).
Selamat Berjaya Chuan Tuck!.

1 ulasan:

  1. Hello! Loh CT is here. Please ler, this post is too "obvious" already. Ha3. Suddenly, I feel so sad leaving SEMEKAR (always), not because I want to, but we don't have anybody that can make SEMEKAR proud (Aaron maybe can). Whatever, life still going on... I'll try my best! If God blesses me, then next year I'll be in NZ for Medicine. Sure I'll come back, as Malaysia needs no more corruption.
    Thanks a lot for this post, tcher! This is the first real name in cyberworld, ha3!

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w