Selasa, Ogos 19, 2008

Hari Penat Sedunia

Saya tidak dapat melelapkan mata. Hati diulek perasaan risau dan kurang selesa. Dalam masa empat hari tidak mengemaskini blog, banyak sungguh peristiwa yang berlaku. Pertama, saya dikhabarkan berita kurang baik, Ketua Bidang Bahasa saya, Puan Haslina Zainal kini masih berada di Hospital Selayang-menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Alhamdulillah,beliau beransur baik.

Dalam perjalanan menuju ke Hospital Selayang, saya singgah sebentar menghadiri majlis akikah Puan Hajah Nor Azian, yang telah mendapat cucu pertama. Tahniah dan semoga keluarga beliau terus dihujani kebahagiaan berpanjangan.

Macamana saya boleh tidak sempat mengemaskini blog saya? Kata dah jadi rutin. Saya sibuk sangat sekarang ini menata rias rumah saya. Di sebalik rasa risau-tanpa perlu untuk dikupas, saya cuba mencari kegembiraan dengan menatarias dan mengemas rumah. Bayangkan saya mengambil masa lima jam di dalam IKEA dan tidak sedar masa berlalu dengan pantas. Agaknya terujalah tu...

Kami menghitung hari menunggu pengubahsuaian sempurna. Namun rasa seperti tidak sabar dan lebih kerap menghitung hari untuk hari-hari penat mengemas rumah dan menata rias berakhir. Secara kebetulan citarasa saya dan suami adalah sama-memilih tona coklat dan ungu sebagai tema warna tahun ini. Diharapkan dengan kerja saya yang tidak menang tangan iaitu menghadiri jemputan, mengemas rumah, mentelaah nota peperiksaan, memeriksa kertas percubaan, tidak termasuk usaha "membunuh hormon jahat"-ia tidak menghalang saya mencatat jurnal kehidupan saya.

1 ulasan:

  1. So nice to read the words "Hormon Jahat", but I can't figure out waht hormone is that (not in my Bio textbook). Coklat and Purple? Mine is always red and yellow, but recently my eyes feel pain to look at bright colours, then I add another: Black (as in my Blog). Purple is the theme colour of UiTM, most of us already bored about it. Ha3, just crapping here.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w