Perjalanan diteruskan dengan menyusuri Sungai Mekong pada hari ketiga. Inilah pemandangan Sungai Mekong. Sebelum memulakan perjalanan ke susur denai yang lebih kecil, saya sempat membeli cenderahati di jeti Sungai Mekong. Beg galas. Cantik-cantik dan harga sangatlah berbaloi.
Dalam perjalanan, Mr Ann memberi penerangan ringkas kepada ahli rombongan tentang keindahan Sungai Mekong. Saya rasa macam naik feri di Langkawi dan Penang tapi apa yang lebih menariknya adalah penduduknya yang gigih bekerja tidak kira lelaki atau perempuan mengendalikan pelancong datang. Dalam hati saya menyesal tidak membeli topi di jeti tadi. Ramai juga yang membeli topi.
Saya sempatlah senyum merakam gambar sendiri manakala suami di sebelah, kusyuk menikmati panorama alam sambil mendengar penerangan Mr Ann.Sesampai di jeti kecil, tidak jauh dari jeti besar, kami dibawa melawat proses membuat manisan daripada kelapa. Sedap rasanya seperti gula-gula kelapa di Malaysia. Prosesnya menggunakan mesin di atas dengan meyaring isi kelapa gred A. Ia tahan 6 bulan kerana disalut dengan plastik lutsinar yang cair di mulut.
Nilah manisan kelapa. Selepas tempahan, bayar dan tulis nama atas plastik. Nanti dah nak sampai, ada'runner' hantar atas bot.Untuk menyusuri denai sungai Mekong, kami terlebih dahulu melalui kawasan pinggiran hutan kecil. Sebaik sampai, kami dijamu dengan teh madu dicampur limau nipis. Hilang dahaga. Kami berjalan lebih kurang 2 km untuk sampai ke sini.
Di hentian lain, kami berhenti pula dan dijamu lagi. Kali ini pelbagai jenis buah-buahan.
Bukan itu sahaja, rupanya ada kumpulan persembahan lagu tradisional. Dendangan lagunya sangat biasa didengar. 'Kalau gembira tepuk tangan' dan 'dayung sampan' tapi versi di sinilah hehehe. Lepas semua penonton tepuk tangan, kumpulan persembahan ini bawa bakul seorang satu minta tips. Faham-fahamla..dah penat nyanyi.
Salah seorang penyanyi kumpulan persembahan. Panjang sungguh rambutnya.. |
Apa yang anda fikir apabila melihat gambar di atas? Ia menarik lensa kamera saya. Suami saya suruh letak kapsyen: cuba teka, orang ke hantu? hehehe. Apa yang menarik perhatian saya adalah kaum wanita Vietnam. Tengoklah gambar di atas, rambutnya panjang dan badannya langsing. Saya difahamkan oleh Mr Ann, kaum wanita Vietnam sangat menjaga penampilan mereka supaya kekal langsing. Patutlah, saya perhatikan di taman-taman dan beberapa tempat lain, kaum wanitanya beramai-ramai 'tai-chi' dan senam robik setiap pagi. Menurut Mr Ann, kaum lelaki di sana dikatakanakan meninggalkan isteri mereka sekiranya badan tidak langsing. Tahap tu??? huiyoo...kejam. Satu lagi, di sini terdapat royal jelly asli yang digunakan oleh wanita Vietnam untuk mencantikkan kulit. Saya perhatikan, kulit dia orang, memang cantik.
Sambil berjalan menuju ke jeti kecil, saya berjalan bersama makcik Rafeah. Saya senyum sendirian kerana makcik Rafeah menyanyi lagu, dayung sampan. Belum pun habis, seorang penduduk vietnam berhampiran menyambung nyanyian tersebut.. bersambung-sambung. Satu bot kecil, 4 orang. Kami diberi topi tudung saji sorang satu. Saya suami dan Dato' J serta Datin satu sampan. Dayung sampan....lalala. Laju juga gerakan sampannya. Kemudian sampai di Jeti besar, saya borong bag galas lagi. Ke jeti besar kena naik feri. Naik sampan, mahu rentung hehehehe.
Persembahan baru bermula, walaupun dalam bahasa Vietnam, gerak laku boneka mudah difahami. |
Malamnya kami menyaksikan pertunjukan boneka dalam air. Di Malaysia ,nak tengok teater apatah lagi pertunjukan sewaktu dengannya, sikit punya susah. Di sini, hambik. Bahasa memang tak faham sebab 100 peratus dalam bahasa dia orang. Sangat menarik sebab boneka bergerak dalam air dan ada pelakonnya.
Boneka menari dalam air dengan dikawal gerak laku oleh pelakon-pelakon handalan. |
pementasan boneka dalam air disaksikan ramai pelancong negara luar. |
Seronok saya di Vietnam. Belum cerita bab shopping lagi..tunggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan