|
pelayan tetamu di lobi hotel Kingston.
Sebenarnya ketika mengunjungi Ho Chi Minh City, ada perkara lain lagi yang menarik hati saya untuk menulis. Ia adalah tentang silaturrahim yang berlangsung sepanjang berada sini. Sebelum itu, saya rasa puas hati berbaloi-baloi kerana hotel 3 bintang dia orang ni setaraf 5 bintang di Malaysia. Bersih dan luas. Itulah kingston Hotel. Kredit untuk Poto Travel yang bijak pilih hotel. |
|
Jam di dalam bilik saya menginap |
Jam ini tak ada apa yang luar biasa. Cuma saya tertarik dengan rekaannya ada perkataan Saigon 1991. Saigon dan Ho Chi Minh adalah bandar sama.
|
Pandangan dari tingkap hotel tempat saya menginap, bandaraya Ho Chi Minh tersergam indah |
|
Tempat sarapan. Ramai pelancong asing tapi pelancong Malaysia macam buat rumah kedua. |
|
"Inilah Vietnam...". Replika peta Vietnam ini terletak di satu sudut di lobi Hotel Kingston |
|
Ini kakak yang 'care' kat semua orang- Puan Norizan. Baru jumpa macam dah lama kenal. |
Dengan pelbagai latar belakang dan negeri berlainan, bukanlah halangan untuk membina silaturrahim. Gambar di atas, adalah Puan Norizan dari Kulim. Cara beliau berkomunikasi mengingatkan saya kepada rakan dan sahabat baik, Puan Norakmar. Kak Zan ajak kami berjalan ke Korea pula lepas ni. Bestnya kalau dapat pergi. Dasyat kak zan shopping di Ho Chi Minh city.
|
Inilah pakcik Talib dan Makcik Rafeah. Rasa mesra betul macam keluarga sendiri. Dia orang ni tauke catering di Selayang |
Pakcik Talib dan makcik Rafeah ni banyak berkongsi kisah kehidupan dengan saya. Macam dah lama kenal. 'Orang yang dah lama 'makan garam' dan sebaya dengan mak dan arwah ayah saya. Dia orang panggil saya'cikgu',hehehe. Saya ingat semasa kami berjalan-jalan di bandar Ho Ch Minh yang besar dan luas menuju ke Ben Thanh market, antaranya makcik bercerita tenang keberkatan rezeki. Banyak nasihat diberikan. Makcik dan pakcik ni rata dah berjalan. Saya dan suami baru je nak mula.., hehehe. Anak-anaknya semua 'menjadi'. Makcik inilah yang menyanyi kecil lagu dayung sampan ketika berjalan menuju jeti, tiba-tiba ada penduduk Vietnam menyambung nyanyian itu dalam bahasa dia orang.
|
Saat akhir menuju lapangan terbang, bukan halangan untuk beli, beli, beli lagi. |
Begitu juga mengenali Haji Shaari dan isteri, yang juga berkongsi tentang kecantikan Beijing( gambar di entri selamat tinggal vietnam). Tidak rugi kita berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana ia mematangkan lagi perjalanan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan