Hari akhir berada di Ho Chi Minh City adalah momen yang berat untuk ditinggalkan, setelah berada selama empat hari tiga malam, dari 19-22 Mei 2011. Saya akui jika diberi peluang, saya ingin menyambung percutian ini. Setinggi tahniah kepada agensi pelancongan POTO Travel di atas perkhidmatan 5 bintang mereka sepanjang kami berada di sini. Saya seronok menimba pengalaman di negara orang. Jika ada keizinan, saya pasti datang lagi. Beberapa tips untuk sesiapa yang ingin bercuti di Ho Chi Minh City:
|
Duit RM Malaysia adalah RM 15.50 dalam tukaran Dong 100,000 yang saya tukar di Malaysia minggu lepas. |
1. Urusan perbelanjaan rata-ratanya di dalam USD dan Dong. Tukarlah mata wang USD atau Dong siap-siap sebelum sampai di Vietnam kerana perbezaan nilai tukaran sedikit berbeza mengikut negara. Terdapat rakan rombongan yang menukar mata wang Dong di sana yang nilai tukarannya rendah dari nilai semasa. Jangan pandai-pandai menukar matawang USD kepada RM di sana kerana nilai RM rendah.
|
Saya sedang memilih baju Syifa' di pinggiran Sungai Mekong. Nampak tak baju yang tergantung, kanan hujung sekali? Comel sungguh. |
|
Ini adalah barangan yang saya 'shopping' di Bentyn Market, Ben tye market dan pinggiran Sg Mekong. Tu yang peragawati comel tu adalah Syifa'. Menggayakan aun-ya. |
2. Ketika di Ben Thanh Market mahupun di Bentye Market ( China Town ) jangan pegang barangan yang anda suka, belek-belek macam di Malaysia kerana penjual di sini menggunakan teknik 'pegang tak kasi lepas', kalau anda buat macam tu. Caranya adalah terus tanya harga barangan berapa USD atau Dong. Teknik ini saya gunakan dan berjaya. Dapatlah harganya berbaloi-baloi, hasil pembacaan di internet juga. Lepas tu paling penting tawarlah separuh harga dari harga yang dia sebut. Kena garang sikit sebab dia orang ni garang bab tawar menawar tapi mesra bila beri penerangan. Pengalaman saya, barangan seperti beg dan baju lebih murah berbaloi-baloi di hentian jeti besar dan jeti kecil sungai Mekong berbanding Bentyn market.
|
Tengok, sibuk giler!!..di kota raya Ho chi Minh City. Majoriti bermotor. |
|
Kaum wanita sangat ramai bermotor. Pandangan dari bas, waktu malam, |
3. Jangan letakkan wang anda pada satu tempat walaupun dalam hotel. Dah terjadi, rakan rombongan saya kehilangan wang di bilik hotel pada hari akhir di sini. Selepas pukul 10 malam sekiranya anda ingin ke pasar malam, waktu ini dikatakan 'peak time' segelintir pencopet dan peragut. Hati-hati. Jangan nak tunjuk gelang cantik anda kerana itu adalah yang paling diminati peragut. Jalan raya penghubung bandar antara bangunan kedai tersangatlah luas dan sayup mata memandang. Pastikan anda berjalan di dalam kumpulan dan membelok ke kanan dan ke kiri. 3/4 kenderaan adalah motosikal dan beri isyarat tangan, jika anda mahu melintas. mereka pun faham kita pelancong.
|
Macam-macam Tshirt di butik Hard Rock Cafe. Giler jadinya.. |
4. Bagi penggemar t-shirt Hard Rock Cafe ( dah berjangkit dengan suami), singgah-singgahlah di butiknya. Murah woo..
|
Sajian makanan pelbagai, semuanya best di Sate House. |
|
Dari kiri kak Norizan dan anak, Hj Shaari dan isteri( ada pun gambar, saya jumpa akhirnya!), Mr Ann pemandu pelancong,pakcik dan makcik yang baik hati (lupa nama), makcik Rafeah yang happening, saya dan Puan Raja Rafidah, ketua rombongan Poto Travel. |
5. Jangan risau bab makan kerana ada tiga restoran halal yang menyajikan masakan melayu seperti restoran Sate House, Restoran Four Season dan Restoran Shamsudin.
|
Dalam flight Airasia sebelum pulang ke Malaysia |
|
Sempat 'snap' buat kenang-kenangan hehehe... |
6. Dan akhir sekali, Jangan 'snap' gambar Airasia dari jarak dekat walaupun untuk tujuan suka-suka. Saya dah kena 'warning manja' dengan 'guard' Airasia hanya kerana ambik gambar flight kami, ketika berjalan ke balai ketibaan. Mana hamba tahu.. ampunn!..
Selamat tinggal Ho Chi Minh City. Saya tidak lupa keunikan dan budaya, terutama tinggalan perang dan kemesraan rakan rombongan. Saya nak pergi lagi satu hari nanti. Kami sampai Malaysia jam 7 .30 malam dan ia kenangan terindah yang terpahat di diari saya tahun 2011.. sebabnya ia adalah hadiah hari lahir saya juga untuk tahun ini dari suami tercinta. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Selepas ini jalan-jalan ke Medan, Indonesia pula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan