Minggu ni saya akan 'terbang' lagi. Kali ini ke Medan, Indonesia. Dalam dua hari ini, saya sibuk mengemas apa-apa yang patut. Seperti di Ho Chi Minh City, saya juga teruja untuk ke Medan. Kali ini melalui pembacaan internet di samping bertanya siapa yang pernah pergi, saya difahamkan ia antara destinasi tebaik, pertama untuk berehat dan kedua, apa lagi...membeli belahlah hehehe. Misi saya kali ini selain melancong adalah membeli barang kelengkapan perkahwinan adik. Ini adalah entri akhir sebelum saya berlepas jam 4.00 pagi , khamis , 2 Jun dan pulang pada 6 Jun ini. Semoga perjalanan kami menimba pengalaman di sana dipermudahkan olehNya, pergi dan balik. Nanti akan dipaparkan entri..apa yang menarik di sana ya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan