Jumaat, September 09, 2011

Hadiah dari Allah-Damia Maisarah

(kiri atas) Mia umur  7 hari,  (kanan atas) Mia lepas  cukur rambut berumur  sebulan 11 hari, (kiri bawah)  Mia genap 2 bulan dan (kanan bawah ) Mia n Mama Mia hehehe bersedia untuk pergi beraya sambil papa ambil gambar.
Lama aku tinggalkan blog aku bukan kerana tak mahu update. Tetapi sebab terlalu banyak peristiwa berlaku yang membuatkan aku tak sempat-sempat nak update. Semuanya adalah sesuatu di dalam sesuatu. Dalam semua tersebut, ada satu kurniaan Allah yang tidak terjangka. Ia aku anggap hadiah paling besar daripada Allah.  Yang aku tunggu sekian lama akhirnya aku dapat tapi masih tak percaya aku diberi hadiah yang teramat besar ini. Dah menangis aku beb.. dah berderai air mata aku. Allah makbulkan doa aku. Aku dikurniakan seorang puteri comel yang aku beri nama Damia Maisarah. Sekarang dah 2 bulan 9 hari. Allahuakbar. 

Aku berkenan nama Damia sebab budak cantik petah kat TV yang nama Mya Sara tu. Mister aku suka nama Maisarah. Untuk lebih berkat,  aku cari nama yang ada maksud dari sudut Islam. Mudah-mudahan anak ini bukan sekadar pandai akademik tapi yang sangat penting adalah bagaimana dia dapat mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat.

Damia Maisarah
DamiaKebijakan
MaisarahKetenangan, nyaman, kemakmuran, kekayaan

Bersambung lagi. 

2 ulasan:

  1. Semoga Mastura dan suami serta Baby sentiasa diberkati Allah. Allah telah mengurniakan baby yang comel dan sihat. Amin.

    BalasPadam
  2. Kak Kemar,
    Terima kasih byk2 atas doa kak kemar. Mas dan suami juga mendoakan kak kemar sekeluarga dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah. Amin

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w