Ramai bertanya apa perasaan aku bergelar mama. Mereka yang tahu aku dan suami telah lama menunggu pasti memahami dan ramai juga yang sudi mendoakan. Kehadiran Mia aku umpamakan sebagai ubat penyembuh. Ia menyembuh kelukaan hati aku sekian lama. Dalam tempoh itu hidup diteruskan sampai satu peringkat sangat-sangat lali dengan tanggapan segelintir orang yang tidak pernah faham atau tak mahu faham...lantaklah. Berkat kesabaran kami, alhamdulillah maka akhirnya aku dan suami bergelar mama dan papa.
Mia my darling |
Namun aku selalu mengingatkan diri, Pertama, sentiasa mendoakan mereka yang belum dikurniakan rezeki agar bersabar. Kedua, Damia Maisarah adalah amanat dari Allah. Semoga kami sebagai ibu bapanya dapat menggalas tanggungjawab ini. Sangat bersyukur dan terharu Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan