Isnin, September 29, 2008

Ruang Untuk Diri


Malam ini saya menghabiskan kerja-kerja akhir di rumah sebelum pulang ke kampung mertua di Ijok Kuala Selangor pagi besok sehingga hari raya kedua seterusnya di Seremban sehingga Ahad minggu depan. Terlalu banyak persiapan untuk dilakukan pada saat-saat akhir begini tetapi saya sentiasa tidak lupa untuk memberi ingatan kepada diri-bahawa sentiasa bersederhana dan bersyukur dalam apa jua perkara yang dilakukan. Dengan kain baju berbakul-bakul untuk disusun rapi, kain langsir yang baru sahaja selesai digantung setelah mengambil masa lama untuk menyusun atur, beg-beg kembara yang tersedia untuk diisi dan mengemas tingkat atas rumah yang masih belum secantik mata memandang membuatkan saya terpaksa memberi ruang kepada diri-untuk rehat sebentar , sambil itu membalas dan menulis artikel di ruangan ini.

Sesukar manapun urusan kehidupan yang sama atau berlainan setiap hari, berilah ruang untuk diri bernafas panjang-panjang. Lalu ia memberi ruang untuk saya berfikir sendirian, sedikitnya amal ibadah yang saya lakukan untukmu Ya Allah- sedangkan Allah memberi nikmat-nikmatnya kepada saya setiap hari begitu besar sekali yang tidak terbalas oleh saya.

Terima Kasih di atas kurniaan-Mu Ya Allah.

5 ulasan:

  1. Pn Mastura, selamat hari raya and maaf zahir batin from me and my family!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...

    Carilah ruang katarsis kamu :)

    Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Maha Pengampun lagi maha Penerima Taubat.

    :)

    Everybody has their own dark side of their lives.

    "Allah mengilhamkam sukma keburukkan dan kebaikkan, beruntunglah bagi yang mensucikan, merugilah bagi yang mengotorinya" (QS:As-Syams)

    Salam hormat,
    :)ZR

    BalasPadam
  3. layarilah
    http://rafflesboyz.blogspot.com

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w