Khamis, Januari 29, 2009

Mata Memerhati



Pagi ini setelah selesai menghantar ibu saya menjalani rawatan dialisis , saya terus pulang ke rumah menaiki komuter. Perjalanan dari Seremban ke Rawang mengambil masa hanya dua jam dan sepanjang masa itu saya sekejap-kejap membaca penderitaan rakyat Palestin melalui akhbar harian dan sekejap-sekejap saya berhenti membaca kerana pandangan saya telah terarah kepada beberapa gerak laku dan tindakan manusia di sekeling saya. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

1. Pelancong asing (berdasarkan dialek bahasa Inggerisnya saya mengagak beliau dari Amerika )asyik memuji tentang keindahan Malaysia ketika berbual di dalam telefon. Beliau yang duduk bersebelahan dengan saya sempat berbual dengan saya dan kagum dengan kebolehan saya bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Beliau menyangkakan saya seorang wanita Arab kerana saya memakai tudung ikatan Arab dan bercermin mata hitam. Walhal bercermin mata hitam selain untuk mengelak matahari panas adalah taktik saya untuk dapat tidur tanpa terganggu dengan keadaan persekitaran.
2. Sekumpulan remaja perempuan yang ingin turun ke Mid Valley sengaja menarik perhatian penumpang dengan ketawa beramai-ramai dengan isu memperlekeh si polan bin si polan. Salah seorang yang mungkin ketua kumpulan bertindak lebih berani apabila menjerit macam kena serangan histeria tetapi dalam masa yang sama boleh pula memperlekeh kawan-kawannya. Saya lihat, penumpang mula resah gelisah dan kedengaran seorang makcik menjerit.."hari nak kiamat agaknya".
3.Seorang kanak-kanak perempuan berbangsa cina yang amat comel(lingkungan 4 tahun) berlari-lari anak dari hujung pintu tren menuju ke arah saya lalu duduk bersebelahan saya sambil mengeluarkan buku dan pensil warna. Saya pun mengambil kesempatan dan melayan keletah manjanya di dalam bahasa Inggeris. "Bye-bye autie, see you tomorrow"jeritnya ketika hendak turun ke KL Sentral bersama ibu bapanya. Mereka sekeluarga sempat pula melambai-lambai tangan kepada saya. Saya membalasnya dengan rasa yang sangat gembira.
Muhasabah diri:
Dalam apa jua keadaan dan dengan siapa kita bercakap dan berhubung sama ada sebagai orang yang biasa-biasa atau pun ketua, tunjukkan keikhlasan kita dalam perhubungan , bijak merencana pertuturan dan tidak menganggap kita lebih dari orang lain sekalipun kita mempunyai kemahiran. Dengan itu kita akan lebih dihormati .Wallahualam.




1 ulasan:

  1. Salam,teacher,
    baru baca blog teacher.Bertuahnya teacher dapat cakap dengan mat saleh....huhuhu.... Memang telatah manusia sekarang jauh beza dari zaman dulu dengan alasan sekarang 'dunia dah maju'?Kalau macam tu baik tinggal zaman yang kurang maju.(boleh ke?) Huhuhu....
    Anyway, saya gembira teacher mula blogging lagi. I will wait for more!

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w