Rabu, Februari 18, 2009

Hari ini 4 Tahun Yang Lepas

Hari ini adalah 22 Safar dan fikiran saya kembali pada hari yang sama tetapi 4 tahun yang lepas. Seawal 4 pagi Allah telah gerakkan hati saya bangun dan bersiap-siap pulang ke Seremban untuk berjumpa abah. Bukan kepalang gembira hati ini kerana saya dan adik-adik akan berkumpul di Seremban dan berjumpa abah. Malam sebelum pulang adik lelaki saya menghubungi saya dan saya dengar suara antara jelas dan tidak di corong telefon, suara abah begitu ceria sambil berpesan meminta anak-anaknya pulang. Abah siap berpesan kepada adik yang bongsu untuk menyediakan gulai udang galah masak lemak yang menjadi kesukaannya sejak dulu.
Saya sampai di pejabat abah lebih kurang pukul 8 pagi bersamaan 2 April 2005. Saya lihat abah kelihatan sedikit penat. "Abah sihat? " saya bertanya sambil mencium tangan abah. "Penat sikit, malam tadi solat tahajjud pukul 3 pagi, tidur lambat" ujar abah ,ringkas.

Saya dan adik lelaki berpakat untuk membeli nasi lemak di gerai berhampiran tetapi dek kerana terlalu lapar disebabkan tidak menjamah makanan semalaman kerana kepenatan, adik lelaki saya mengambil keputusan makan di gerai itu. Dalam setengah jam, apabila kembali ke pejabat abah untuk makan nasi lemak bersama, abah berkata"kenapa lambat sangat" dalam nada bergurau tetapi penuh makna. Saya katakan," Entah, alang ni abah, lapar sangat tu yang dah tak tahan terus makan di situ". Abah memanaskan air dan membancuh minuman kesukaan.

Sambil sarapan kami berbual-bual dan sesekali abah mencelah, "jangan garang sangat mengajar akak( gelaran untuk saya), dulu abah pun garang juga". Saya pandang wajah abah yang saya rindui kerana beberapa bulan kebelakangan ini, dia jarang bersembang tetapi lebih banyak tersenyum. Dia lebih suka diam. Saya lihat raut wajah abah, wajahnya begitu berseri dan bercahaya tetapi anehnya saya tertanya -tanya di dalam hati mengapa pandangan matanya tidak langsung ke arah saya walaupun sedikit.

Jam 9.30 pagi, saya meminta izin abah untuk pulang ke Seremban menghantar sarapan Ibu yang dibeli. Ketika saya bersalaman dengan abah, abah peluk saya. "Ini buat belanja ye abah, saya pun memeluk abah dan mencium tangannya sambil menghulurkan sedikit wang belanja". "Apa ni," kata abah seperti biasa memilih tidak menerima tetapi cepat-cepat saya masukkan di dalam poket baju. Saya turun tangga dan saya dapati abah memandang saya lama. Saya pesan, abah jaga diri, kalau tidak sihat, cepat-cepat jumpa doktor. "Janganlah akak risau, tahulah abah katanya sambil memegang bahu saya sebelum turun tangga. "Bye-bye abah.." saya melambai manja.
Jam 10.45 pagi , ketika saya ibu, adik lelaki dan saya sedang berbual-bual kosong, adik lelaki saya menerima panggilan telefon tetapi tidak menyatakan siapa. Saya tanya adik lelaki saya berkali-kali, dia pucat dan suara kedengaran lemah. "Abah.... "Adik saya bergegas ke pejabat abah dan mendapati abah telah terjatuh dari bilik air. Adik saya menghantar abah ke hospital.

Jam 3.05 petang, abah telah meninggalkan saya selama-lamanya setelah doktor mengesahkan ia berpunca daripada komplikasi jantung. Mula-mula saya seorang sahaja bertahan untuk tidak menangis di Hospital Tuanku Jaafar manakala ibu dan adik-adik saya yang lain sudah menangis teresak-esak. Namun, sekuat manapun saya goyah. Berkali-kali surah Yasin dibaca, berkali-kali jugalah air mata bercucuran saya sehingga blog ini dikemaskini air mata saya bercucuran dengan deras. Abah...............kini 4 tahun abah pergi, jati diri dan perjuangan abah di dalam alam pendidikan dan arus kehidupan tersemat di dalam kehidupan saya.
Yang saya paling takuti dalam hidup telah saya hadapi. Tiga hari pertama, saya asyik menangis, kadang-kadang menjerit untuk melawan rasa kehilangan teramat tetapi Allah lebih sayangkan abah. Abahlah yang mengajar saya makna kehidupan dan menyedarkan saya bahawa saya dan adik-adik perlu belajar hidup susah. Al-Fatihah buat abah tersayang, allahyarham Osman bin Malek yang kembali ke rahmatullah pada 22 safar, 2 April 2005.

2 ulasan:

  1. Teacher, u make me cry teacher.
    I pray for the peaceful of your dad 'there'..
    I know its very hard to receive.
    My fear is if this thing will be happen to me..
    I don't want to lose my dad!
    I love him so much.
    He's everything for me.
    I cannot imagine how would my life without my dad..
    Teacher, saya harap teacher dapat bersabar dgn segala yang telah berlaku.
    Seorang anak yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.
    Dan saya percaya teacher merupakan salah seorang dalam golongan itu.
    Percayalah, segala yang berlaku ada hikmahnya.
    Percayalah, Allah memang sayang ayah teacher, so DIA ambik cepat2. InsyaAllah, syurgalah tempat ayah teacher dgn 'tahajjud', diam, dan senyumannya. Dan tuhan sayang teacher jugak, Dia sedang menguji ketabahan seorang Mastura bt. Osman. maaf jika saya menyentuh blog teacher tntang 'anak' tu.. Teacher sabar ye..

    BalasPadam
  2. rase mcm terngiang2 lg mase teacher cerita pasal your abah in our english claz in 3 harapan(2005).i fell like crying at that moment bcoz it was my first time seeing u crying,with your hopeless face...

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w