Menjangkakan jalan raya kurang sesak kerana cuti penggal 1 baru sahaja bermula, saya tidak merebut masa untuk ke sekolah seperti selalunya. Saya sampai ke sekolah lebih kurang 7. 15 pagi dan didapati pelajar -pelajar kelas peperiksaan semakin ramai memenuhi perkarangan Dataran SEMEKAR. Hari ini saya memulakan slot pertama untuk kelas tambahan bahasa Inggeris PMR Kertas 1 (sebanyak 4 slot harus disempurnakan) dan menjelang jam 2 petang ia dapat disempurnakan dengan sistematik. Itulah cikgu, rasa seperti bercuti tetapi sebenarnya tidak begitu menikmati percutian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan