Rabu, Mei 06, 2009

Luka Dalam



Hati saya sangat meronta untuk menulis. Sesuatu yang dah lama saya tinggalkan sejak Allah menurunkan dugaan besar untuk saya. Dugaan itu bertimpa-timpa. Dugaan itu memperlihatkan kekuasaan Allah yang tiada taranya. Dugaan itu memberikan makna paling mendalam untuk mengenal makna persahabatan dan konteks hubungan sesama manusia. Terima Kasih tidak terhingga Ya Allah. Penyusunan kehidupan yang sangat adil. Saya diizinkan untuk mengenal sikap manusia di sekeliling saya. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, saya beransur pulih dari alam kesakitan dan Allah turunkan kesakitan ini sebenarnya mengandungi hikmah yang begitu besar. Anehnya, saya juga turut menerima pula satu kesakitan yang lain iaitu satu penganiayaan yang tidak terjangka apabila "dipenglipurlarakan" kesakitan yang dialami sebenarnya dan dikatakan sebagai satu rekacipta dan kepura-puraan. Malah ditambah juga andaian-andaian kabur begitu begini. Ya Allah..

Biarlah, Allah itu ada. Dia maha Adil lagi maha Mengetahui. Apabila orang yang sangat dipercayai yang tidak saya sangkakan menjaja cerita begitu dan begini tanpa merasa bersalah, remuk redam hati saya tetapi saya kuatkan semangat dan mendidik diri untuk bertenang kerana saya percaya akan adalah balasan dari Allah. Terlajak Perahu boleh ditarik, Terlajak Perilaku...? Ia benar-benar Luka Paling Dalam namun saya didik untuk redha.
Saya teringat akan kata seorang ustaz ketika menyampaikan ceramah umrah dan panduan mengerjakannya tahun lepas. Apabila kita ada kesalahan dengan Allah, kita mohonlah Ampun dan Allah itu memang Maha Pengampun tetapi dalam konteks hubungan sesama manusia, belum tentu lagi. Saya sangat takut dan berdoa janganlah ada yang tidak "settle" terutama sebelum berangkat ke Tanah Suci tahun lepas malah sehingga sekarang. Kita akan menerima segalanya "cash" atas segala perbuatan mengguris perasaan manusia lain sama ada kita sedari atau sebaliknya. Wallahualam.

Mata Hati:

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat seksa (kejahatan) yang dilakukannya. (Mereka Berdoa):

Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang sebelum kami. Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau Pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkan kami, ampuni kami dan rahmati kami.

(Surah al Baqarah 2: 284-285)


4 ulasan:

  1. Teacher, mksud teacher ada org ckp teacher pura2 sakit eh? jahat betul! kena diri sendiri nnt baru tau!
    Teacher, Mala tau teacher akan sabar je.. Sabar separuh dr iman dan Allah sayang dengn orang yg sabar. Setiap sesuatu mesti ada imbalannya. =) love u teacher

    BalasPadam
  2. Saya tidak mahu membuat sebarang dugaan antara barisan, walaupun dapat saya rasai sedikit sebanyak keluhan dan kesakitan Teacher pada masa ini.
    Adalah menjadi fitrah manusia untuk menghadapi dugaan. Seperti Buddha kata, "Siapa akan masuk neraka jika bukan saya?" Taoism juga ada ayat seperti, "Jangan tanya kenapa ada jahat dan baik dalam dunia ini kerana tanpa jahat, tiada yang baik. Jahat telah membuat baik untuk menyedarkan yang baik." Renungkan ayat2 orang bijaksana ini.

    **Teacher, I'm fine now in NZ, juz busy, as exam nearer and nearer, but still loooooooooooooots to do. Autumn now, colder towards winter. I hope I can get a camera, but I can't (too expensive for me). Someday when I come back to Malaysia (maybe December if nothing goes wrong), I'll visit Teacher.

    BalasPadam
  3. Semasa melayari website, terjumpa blog cikgu (saya panggil cikgu sebab awak cikgu).

    Apakah kesakitan dan kesengsaraan cikgu Mas disebabkan perbuatan manusia? Adakah cikgu dianiaya?

    KAlau dianiaya, insyaALlah akan ada balasan kepada org yang menganiaya.

    Saya juga termasuk dalam golongan yang dianiayai, alhamdulillah Allah sentiasa dalam hati saya.

    Pesan saya berhati2lah, dalam dunia ini terlalu ramai manusia yang berpura2 baik especially yang pandai menggunakan ayat2 power. Dengan satu ayat power, ramai yang teraniaya.

    BalasPadam
  4. Cikgu Mas, doa orang yang teraniaya dimakbulkan Allah, saya senasib dengan cikgu, diberi ujian besar oleh Allah, tapi alhamdulillah Allah memberi saya kekuatan dalaman di mana saya tidak mengalami penderitaan atau kesakitan.

    Setiap ujian yang datang mengandungi hikmah disebaliknya. APa yang pasti orang yang menganiaya tak akan selamat dunia akhirat.

    Berhati2 dgn kata2 manis manusia.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w