Kerana kita seorang GURU..
kita harus berkorban,
kita harus berkorban,
kita diminta bersabar,
kita dikerah keringat untuk mencapai target,
kita diminta menyumbang,
kita dianggap bijak,
kita sentiasa perlu jadi contoh,
kita terus diasak untuk pantas dan kreatif,
Tapi mereka lupa
Bahawa Guru juga insan yang perlu belaian,
punya perasaan, mampu tersenyum di kala suka,
mampu menangis di kala duka
Insan bernama GURU.. tidak pernah meminta dibalas jasa
cukup dengan hanya satu perkataan
Terima Kasih Cikgu merasa diri sangat berharga
Itulah kita GURU SEJATI..
Tiada Pengganti, nama disebut CIKGU sampai bersemadi.
Selamat Hari Guru.
Mesej ini begitu mendalam dan sangat memberi makna. Ia adalah mesej pertama sempena Hari Guru dari Puan M seorang guru dedikasi di SEMEKAR dan juga sahabat saya. Maha Suci Allah yang menjadikan saya seorang guru.
Maaf banyak2, cikgu! Saya sudah pun lupa tarikh Hari Guru dalam kesibukan ini.
BalasPadamWalau bagaimanapun, I'm back here to wish you and other beloved teachers in SEMEKAR "Happy Teachers' Life".