Ahad, Ogos 23, 2009

Bukan Sahaja Ketika Ramadhan


1.Kurangkan bercakap kecuali yang memberi manfaat. Banyakkan membaca, Al-Quran, kitab-kitab dan buku-buku yang menambah ilmu. Baca dan faham.

2. Kurangkan tidur. Bersolat malam, berzikir dan bermunajat. Dalam suasana aman, damai dan bersendirian marilah kita melupakan perselisihan faham, perasaan buruk-sangka, keinginan untuk mengucapkan kata-kata buruk kepada sesama manusia.

Saya merenung diri dan menilai kembali perasaan, tindakan terutamanya nun yang jauh di sudut hati. Saya bertekad untuk menjadi manusia yang lebih baik di sisiNya.

Ini petikan dari blog Prof Muhd Kamil Ibrahim Kehidupan Ringkas Tetapi Signifikan yang mana saya adalah salah seorang penggemar setia blog dan hasil karyanya yang diterbitkan beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti Prof, saya juga begitu. Harap-harap begitu dan kekal begitu. Kalaulah boleh, bukan sahaja ketika ramadhan. Alhamdulillah dan terima Kasih Allah, doa-doa saya dimakbuli dengan begitu pantas kebelakangan ini. Kenapa, ketahui artikel selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w