Selasa, Ogos 25, 2009

Rezeki di Bulan Ramadhan

Bingkisan Ramadhan dengan Kurma Campuran Kualiti Super;RM 45.00 sahaja
( Kurma tiada dalam gambar: sedang ditempah)
Bingkisan Aidilfitri Bangkit Kelapa Rangup Gred A dan
Mini Popia Super
Berinti Udang; RM 75.00 sahaja

Bingkisan Aidilfitri Bangkit Kelapa Rangup Gred A dan Mini Popia Super
Berinti Udang dan Tart Nenas Gred A; RM 120 sahaja

Bingkisan Aidilfitri Ekslusif Bangkit Kelapa Rangup Gred A, Mini Popia Super Berinti Udang , Serunding Daging Super dan Dodol Gred A RM 150.00 sahaja. ( Dodol dan Serunding tiada dalam gambar kerana tempahan sedang dibuat)

Seperti yang saya telah tulis di dalam artikel keluaran kelmarin, Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan kerana segala urusan saya begitu pantas dimakbuli Allah. Saya mendapat tempahan cukup banyak daripada rakan taulan yang menginginkan Bangkit Kelapa Rangup. Terasa Allah membantu saya dari segenap penjuru dan Alhamdulillah rezeki semasa Ramadhan. mencurah-curah. Ustaz semasa Tazkirah di masjid berhampiran rumah saya di dalam syarahannya menjelaskan setiap inci doa kita, pasti Allah makbulkan terutama jika kita bermunajat di bulan mulia ini.

Ketika Bangkit Kelapa Rangup mendapat sambutan, saya benar-benar tidak sangka sehingga hari ini lebih 200 bekas telah ditempah, tidak termasuk daripada beberapa orang perseorangan lain yang turut menjual kuih BKR untuk menambah sumber pendapatan . Paling saya tidak jangkakan, saya turut menerima tempahan hamper Korporat yang saya namakan Bingkisan Ramadhan dan Aidilfitri. Ini Kerja tangan pertama saya yang dikormersialkan untuk produk jualan..cewahh!. Syarikat ini kepunyaan jiran saya berlokasi di Kuala Lumpur .

Kerja tangan ini memanglah makanan ruji saya kerana saya sangat gemar mendekorasi namun yang penting saya mesti memastikan hamper saya digemari kerana kualiti kuih muih bergred A dan bukan sekadar cantik hiasan. Respon yang saya perolehi setakat ini rata-rata berkata kuih muih sedap dan puas hati .Alhamdulillah. Saya sentiasa beranggapan dan mengingatkan diri, rezeki yang saya perolehi bukan hak saya secara total. Saya simpan niat itu dan pahatkan di dalam hati, bahawa besar atau kecil rezeki maka sentiasa akan ada bahagian untuk insan yang lebih memerlukan.

Jika ingin menempah hamper atau Bangkit Kelapa Rangup, sila-silalah ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w