Jumaat, September 11, 2009

Hajat Yang Dimakbul





Gambar-gambar di atas: Hamper Bingkisan Aidilfitri Sentuhan Saya.....
"I suka dengan hasil kerja you, kuih tradisi enak, banyak dan decoration yang menarik. U letak tali pada mengkuang boxes so, it's very pleasant to carry. U pandai pilih warna." kata Puan NL sambil membelek dekorasi dan kuih muih.

Dalam hati saya terdetik, kalaulah Puan N tidak suka hasil kerja saya. Bayangkan ia turut dirasai bersama kepenatan sedari tidak cukup tidur beberapa hari sebelumnya kerana membuat kerja dekorasi dan menuntut penelitian demi penelitian. Dua minggu sebelumnya saya telah membuat R&D kuih muih Gred A dan itu saya pastikan dimasukkan di dalam hamper saya. Bukan kuih biasa-biasa. Kalau tidak masakan tempahan yang diterima hebat sekali.

"Actually, itu bahan buat ribbon from tissue ribbon( kertas tisu yang warna maroon), I fikir macamana nak dapatkan paper bag yang sesuai sebab susah nak cari yang match dengan size. Finally, My Mister came up dengan suggestion since tissue ribbon ni menarik, why not jadikan ia tempat pemegang sahaja and at the same time nice to see..."

"I nak order 10 set lagi....." katanya sambil menandatangani resit pembayaran.

"Thank You Kak NL kerana suka hasil kerja I. Nanti I hantar another 10 next tuesday"

Saya pulang ke rumah dan membuat sujud syukur. Alhamdulillah.

Dengan tender hamper dan kuih bangkit kelapa rangup yang bertali arus, saya seperti lupa yang kita akan menyambut hari raya kurang minggu depan. Saya tidak menang tangan dan gembira dengan kehidupan sekarang. Tulisan ini tidak sesekali memuji diri tetapi ia adalah sebahagian penterjemahan rasa gembira syukur kepada Allah kerana memakbulkan doa saya, menunaikan hajat saya.

Saya sentiasa lagi sekali mengingatkan diri saya, pahatkan di dalam hati, sebahagian keuntungan itu pastinya milik mereka yang lebih memerlukan.

Saya juga tidak sibuk membeli itu dan ini seperti tahun sebelumnya. Saya sibuk kepada "yang lebih memerlukan". Terima Kasih Allah. Segala pujian bagi Allah. Mohonlah rezeki ini diberkati sentiasa. Amin.

Sehingga blog ini dikemaskini, saya terus menerima sms untuk tambahan kuih bangkit kelapa rangup sambil melakar rekaan dan menyenaraikan bahan yang perlu untuk 10 hamper seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w