Isnin, Julai 19, 2010

Carilah Hatimu


Carilah hatimu sewaktu membaca   al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru.







Mata kembali segar sambil membaca dalam-dalam pernyataan di atas yang saya perolehi ketika meng "google" sana sini. Apa yang boleh saya katakan, tenang sekali ketika ini  seolah seperti  segar setelah melelapkan mata sekian lama.  Teringat kata guru agama saya, itulah janji Allah. Apabila kita bersahabat dengan al-Quran, kita menjadi tenang. Indah sangat rasanya beberapa hari ini.



1 ulasan:

  1. Sentiasa membaca al-quran,membaca satu huruf akan mendapat satu pahala serta kebaikan yang tidak kita sedari.

    Tidak dibaca cuma dipandang juga telah mendapat pahala.Ambillah kedua-duanya jika inginkan yang lebih..

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w