Sabtu, Ogos 07, 2010

Fenomena Kuih Goyang Kembali

Malam tadi, saya bersama emak dan adik bongsu serta bibik seisi keluarga memeriahkan dapur di rumah Seremban dengan membuat kuih goyang. Bayangkan ia adalah sesi memasak kuih goyang kali kedua sejak kali pertama saya seisi keluarga memasaknya lebih 15 tahun lalu, ketika saya saya masih muda remaja. Mulanya kami bersembang-sembang tentang kuih yang emak pernah buat sedari zaman kanak-kanak kemudian beralih tentang kuih goyang. Saya yang membancuh adunannya  satu ketika dulu hampir tidak dapat mengingatinya kerana telah terlalu lama ditinggalkan.
Lantas saya mencadangkan kepada adik saya supaya kita "google" sahaja resepi dan akhirnya jumpa. Tapi kami masih lagi kekurangan acuannya serta ramuan lain seperti tepung beras, santan sebiji kelapa. Adik saya mencari di sekitar bandar Seremban acuan kuih goyang dan kedai kelima baru dapat berjumpa acuannya!.
Saya bertanya emak serba sedikit dan emak menunjukkan sukatan santan kelapa. Pada peringkat permulaan setelah saya selesai menyediakan bancuhan, kami berhadapan dengan keadaan kuih yang melekat pada acuan dan tidak mahu tanggal dari acuan walaupun minyak cukup panas dan acuan telah terlebih dahulu direndam dalam minyak panas!.Alamak, jadi ke tidak kuih goyang kami.
Kali ketiga cubaan menggorengnya, kami tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana akhirnya ia cantik terlerai dari acuan. Seronok rasanya dapat menghabiskan masa bersama seisi keluarga menyediakan juadah kuih goyang. Kekecohan menyediakan kuih goyang di dapur sambil menikmati juadah makan malam seisi keluarga tidak boleh saya lupakan dan kami bercadang untuk membuatnya lagi untuk hari raya lagi 4 minggu ini. Emak menjadi orang pertama yang disajikan kuih goyang dan komen emak mengatakan sedap membuatkan saya teruja.
Diam tak diam, dapatlah 3 balang kuih goyang dan pagi ini sambil santai-santai kami menikmati bersama juadah ini. Kerangupan dan rasa lemak manisnya mengingatkan saya ketika kali pertama membuatnya 15 tahun lalu.

3 ulasan:

  1. syabas!selepas ini bolehlah buka kedai untuk kuih-kuih tradisional lama..

    BalasPadam
  2. wah, one of my family's fav kuih tchr!
    lme cari resepi x jmpe2 tchr.
    lpaz ni bole lar tchr post resepi plak ye tchr.
    haha, miz you tchr! ;)) aisyah.3rf

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w