Jumaat, Julai 16, 2010

Saya Kembali dan akan Terus Menulis

Kadangkala sukar untuk mengungkap kata bahawa perlu untuk menyepi seketika jika itulah yang terbaik. Lima bulan saya menyepi selain tidak berkesempatan menulis sedikit catatan tidak termasuk perkara lain yang tidak perlu ditulis terperinci, adalah kerana saya juga sibuk membuat tugasan pengajian. Semester satu berlalu dengan kenangan paling manis kerana Allah memakbulkan doa saya, mendapat keputusan cemerlang cgpa 3.85. Rasa puas, ia lebih dari sekadar nombor, ia adalah usaha saya bersengkang mata, menyiapkan penulisan berkualiti. Maklum juga, saya bukan seperti pelajar 'fresh graduate' yang kebanyakannya boleh mengemudi serata tugasan dengan senang. Saya telah meninggalkan dunia pembelajaran lebih 10 tahun. Ibaratnya saya kena asah pisau supaya dapat sentiasa dipastikan ketajamannya.

Saya lihat masih ramai yang mengikuti blog saya dan rasa teruja pula untuk membaca bloggers lain. Kini saya kembali dan akan terus menulis.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w