Sabtu, Februari 27, 2010

Pengakhiran Kisah Syafia Humairah

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu

Salam, hari ini saya terpanggil untuk meluahkan rasa sedih dan marah kepada apa yang berlaku kepada allahyarhamah adik Syafia Humairah Sahari. Mengapalah itu pengakhiran sebuah kematian yang begitu menyayat hati. Dimanakah letaknya peri kemanusiaan????Air mata saya tidak dapat ditahan-tahan. Hanya sempat melihat dunia selama 3 tahun. Pemergiannya kerana deraan yang melampau. Berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi tadi sangat-sangat meruntun jiwa saya. Apalah yang diketahui umur kanak-kanak peringkat itu. Saya tidak mengenalinya namun ada sesuatu tentang dia yang meruntun hati saya, tentang kisah penghidupannya.
Al Fatihah untuk Allahyarham Syafia Humairah Sahari.

... antara petikan artikel Berita Harian Versi Digital Sabtu, 27 Februari 2010

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w