Sabtu, Februari 13, 2010

"Recharge Battery"


Mungkin dek kerana terlalu penat seharian menguruskan kerja rumah di tambah dengan aktifnya fikiran berputar, petang tadi saya recharge battery dengan tidur. Petang untuk fasa 1 dan lepas maghrib untuk fasa 2. Tidak sedar tertidur bersama longgokan kecil kain di sofa ruang tamu sebelum disusun dalam almari. Kemudian sebaik selesai solat maghrib, saya terus tidur dengan nyenyak sesungguhnya umpama Sleeping Beauty. Jam 10.30 malam, saya dikejutkan oleh Mister saya untuk makan malam dengan menikmati Lamb Chop tempat makan tidak jauh dari kawasan perumahan.

Kadangkala, keterujaan untuk menyempurnakan sesuatu itu selalu terselang dengan debaran. Banyak sebenarnya kerja menunggu tetapi tidak guna untuk memaksa diri sekiranya terlalu penat. Paling penting Recharge Battery dahulu. Bila badan segar, keterujaan bertambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w