Sabtu, Oktober 29, 2011

Tidak Tertanggung

Entah kenapa walaupun mak selamat dibedah, kesedihan hati masih belum kurang malah tidak tertanggung?.   Saya menanggung kesedihan ketika ini dan ia berat  tidak terkata. Namun kehidupan diteruskan juga. Saya nak hadiahkan mak kejayaan saya nanti, itu azam saya. Sekarang saya di UPSI menyiapkan tuntutan kerja yang masih banyak dan mak masih di HKL, bergilir dengan adik menjaganya.  Hari Isnin hingga jumaat berkampung di HKL.Menemani mak tersayang sehingga selesai menjalani pembedahan. Hari Jumaat semalam, sebelum bertolak ke UPSI, saya menjengok anak kesayangan Mia di rumah mertua. Ye, syukur sangat mertua sangat memahami situasi saya dan meminta saya selesaikan dulu benda-benda berkaitan disertasi di UPSI. Namun hakikatnya, hati saya dirobek pilu kerana kerinduan teramat dengan Mia dan memikirkan mak.  Sebaik  sampai di muka tangga semalam,  saya  terus memeluknya, hampir seminggu tidak berjumpa. Dan dia seperti faham, senyum girang apabila saya mendukongnya.
Mak ceria dan dibawa oleh petugas hospital untuk menjalani dialisis. Ketika ini telah selesai pembedahan . Kami sekeluarga melambai-lambai mak masa ni kerana tidak dibenarkan ikut ke wad dialisis.

Saya dan mak tersayang sambil nyanyi-nyanyi manja.

Tangan  mak membengkak dan diletak dalam acuan untuk meredakan  kesakitan sementara  hari menunggu pembedahan

Adik bongsu saya menyuapkan makanan mak
Mak walaupun dah selesai pembedahan, tetapi masih di dalam pemantauan doktor. saya rasa sebak bila berjauhan dengan mak.  Saya ingat ketika mak ditolak di atas troli masuk ke dewan pembedahan, saya dan adik bongsu tidak dapat menahan sedih, berjurai juga air mata. Kami bagi kata semangat kepada mak supaya kuat semangat, mak senyum dan meminta kami berada di sisinya. Pembedahan itu memberi episod baru. Mak tidak akan menggunakan tangannya lagi untuk dialisis. Tangannya itu sudah pun dibedah bagi menutup saluran darah yang mengakibatkan kebengkakan dan kemerahan serta rasa menyucuk yang berterusan kesan komplikasi akibat saluran darah tersumbat. Depan mak, memang saya kuat. Belakang mak, saya meraung!. Tidak terbanding rasa sedih melihat mak ditebuk saluran dileher menggantikan tempat dialisis di tangan tadi. Berita baiknya tangan mak dah semakin surut bengkaknya. Cuma Dr kata selepas ini mak akan menggunakan CAPD pula sebagai proses dialisis di mana air dimasukkan dan dikeluarkan dalam 4 kali sehari bagi menggantikan kaedah yang sedia ada.

Bermacam-macam yang bermain di benak saya. Jika CAPD dilakukan, saya perlu mencari pembantu khas yang mesti berada di sisi mak untuk melakukannya. Mana nak cari? Kalau ikutkan hati saya jika saya belum berkahwin dan mempunyai anak, saya sanggup berhenti kerja untuk membantu mak. Adik-adik saya bekerja dan yang ada cuma bibik. Banyak kerisauan yang muncul.  Ya Allah, berilah petunjuk. La haula wala kuwwata illa billahi.

Kepada sahabat dan rakan taulan termasuk  mak su dan anak-anak (pengasuh  Mia) yang berhati mulia yang datang menziarah dan  terutama yang membantu keluarga saya, hajah Mazliana, hajah siti fatimah dan Sue, saya doakan kalian diberi pahala sebesar-besarnya oleh Allah. Juga kepada doktor dan jururawat yang baik hati di wad 14, bilik 1 tingkat 3, jutaan terima kasih kerana menjalankan tugas dengan efisyen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w