Selasa, Februari 09, 2010

Jalan-Jalan di Ipoh

Cikgu Hamidi menerangkan rekaan sistem yang dibuat olehnya ,
memudahkan keberkesanan proses kemasukan markah pelajar
Tasya dan Shida ketika menganalisis Sistem Pemarkahan Pelajar.
( Juga Dengan dia orang ni, saya tidak kering gusi dibuatnya)
Sistem Pengurusan Sekolah ;
pengadaptasian sistem dari negara Korea

Pengalaman membuat kajian di Ipoh semalam menjadi kenangan yang saya tidak boleh lupa. Sambil-sambil buat kajian untuk tugasan, sambil-sambil makan angin dan jalan-jalan walaupun sehari. Beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian, dapat diselesaikan mengikut perancangan. Kami sebenarnya ke sebuah sekolah terbaik yang mengaplikasi sistem pengurusan pelajar berkomputer secara optimum. Ia adalah sebahagian susulan untuk melengkapkan perincian tugasan Rekabentuk Instruksional yang diberi oleh Encik I. Saya kagum apabila sistem yang memudahkan guru memantau pelajar dari segi kehadiran dan pencapaian prestasi akademik ini telah dilaksanakan di semua sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia. Bayangkan kecanggihan adaptasi dari negara Korea ini. Malah guru memasukkan kedatangan pelajar di hujung jari tanpa mengharapkan sangat register (buku kedatangan) di pejabat. Ibu bapa pula boleh akses terus ke sistem ini dari rumah untuk melihat perkembangan pembelajaran anak mereka dan boleh sahaja meninggalkan komen kepada pihak sekolah secara langsung. Pelajar dibekalkan dengan kad pintar dan memudahkan guru mengesan kehadiran pelajar dengan melalukannya di bar sistem. Yan seronoknya kad 001 sejak zaman berzaman diinovasikan penggunaannya dalam sistem ini.

Rekaan sistem kolaborasi pemarkahan oleh Cikgu Hamidi juga membantu guru-guru mendapatkan maklumat di hujung jari tanpa perlu mengisi dan mencari berulangkali, malah pautan graf pencapaian menjadikan ia profesional dan melengkapkan lagi perincian maklumat.

Selesai kajian di sekolah ini ( sungguh berbeza senarionya berbanding sekolah yang pernah saya mengajar) , kami Kompleks Pejabat Agama Darul Ridzuan bagi mendapatkan maklumat golongan masyarakat celik Quran. Ia adalah sebagai satu lagi kajian untuk menyempurnakan tugasan berkaitan Inovasi. Mister saya( Terima Kasih Abang) turut membantu merakamkan video untuk dokumentasi dan ini sangat membantu kajian kami untuk diselesaikan dalam jangkamasa singkat.

Namun dalam banyak-banyak perkara yang kami tawa dan bualkan , insiden pecah perut yang saya tidak boleh lupa apabila kami boleh tersesat ke Hospital Tanjung Rambutan sebelum ke lokasi kajian. Boleh gitu?. ( Saya rasa nak gelak kuat-kuat lagi...). Seronok di Ipoh walaupun baru pertama kali ke sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w