Ahad, Februari 07, 2010

Pengkaji dan Pendengar

Inilah kumpulan belajar saya. Semua ada kepakaran masing-masing.
Setiap kelas hari sabtu, kami mesti berada di bangunan yang digelar Pentagon ini.
Di sinilah saya menginap setiap kali jumaat dan sabtu bila ada pengajian.
Nama tempat ini Bahtera Arked

Saya selalu berfikir, besarnya rahmat Tuhan mengizinkan saya membuat pengajian di UPSI, di pekan Tanjung Malim yang damai ini. Banyak ilmu yang saya dapat. Semuanya bergantung kepada pembawaan diri sama ada saya akan menjadi pengkaji atau pendengar. Di mana-mana pun kita akan melalui proses ini, seorang atau dalam kelompok besar. Di satu sudut lain walaupun saya suka bercakap di dalam kelas, saya sebenarnya lebih suka mengkaji kerana semakin banyak saya membaca semakin banyak ilmu-ilmu mutakhir yang diketahui. Saya juga tidak ketinggalan mendengar kerana ia juga satu kemahiran yang lain.

Mengkaji dan mendengar adalah proses kehidupan. Bagaimana kita terjemahkan bergantung kepada asimilasi pengalaman sedia ada dan pengalaman baru. Saya terdetik untuk menulis perkara ini hasil post mortem dengan pelajar tuisyen saya petang tadi. Sebenarnya sesiapa pun adakalanya melalui proses pembelajaran akan terarah untuk menterjemahan sesuatu dapatan sendirian tanpa selalu merujuk kepada pakar.

Saya bertanya kepada pelajar tuisyen saya, apa yang mereka faham bila belajar dalam kelas.,di sekolah. Mereka menjawab , saya mendengar tetapi bayangan saya begitu, begini. Saya bertanya lagi bagaimana mereka memastikan sesuatu itu betul dan benar ( macam tagline berita bernama Astro). Mereka katakan entahlah, malas hendak bertanya guru kerana guru tidak dapat dapat mengawal kelas yang jumlah pelajarnya 42 orang. Mana mungkin untuk fokus kepada saya, kata salah seorang daripada mereka. Jadi saya selesa menjadi pendengar sahaja dan memahaminya ikut imaginasi sendiri.

Saya terdiam sejenak. Alangkah bahayanya bila perkara ini berlarutan. Itu dalam kelompok pelajar, belum menyentuh kelompok peringkat saya. Dalam kehidupan seharian, proses mengkaji dan mendengar ini tidak dapat tidak , adalah proses pembelajaran ikut pemahaman masing-masing tanpa merujuk guru. Ada betulnya tetapi.... .

Saya terus teringat kelas Encik I , kelas Teori Rekabentuk Instruksional jumaat malam sabtu kelmarin. Beliau meminta kami melakar objek ikut imaginasi, hasil patah-patah perkataan yang disebut. Macam-macam dapatan hasil akhir lukisan masing-masing. Ia berjaya merungkai maksud iaitu membayangkan kita terus-terusan membuat lakaran imaginasi ikut tafsiran dan pemahaman masing-masing yang tidak semestinya berakhir dengan betul dan benar. Iaitu proses pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran ikut pemahaman masing-masing.

Dalam beberapa situasi yang lain , mungkin konstruktivisme lebih selamat.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w