Saya juga tidak begitu bimbang kelas programming seperti hari pertama. Sebulan telah berlalu, selepas artikel "bimbang", semuanya dapat diatur mngikut rancangan. Tidak lagi bimbang seperti hari pertama. Seronoknya menjalani kehidupan sebagai pelajar tidak dapat saya gambarkan. Dalam setiap kelas, saya berusaha menyempurnakan tugasan sebaik mungkin. Oleh kerana peringkat ini, buah fikiran menjadi fokus utama, saya menjadi penganalisis secara tidak langsung. Mengumpul pernyataan penyelidik menjadi rutin harian saya.
Ketika ini saya baru sahaja selesai membuat label Cakera Ladat untuk bahan sokongan tugasan saya. Seronok dan puas kerana saya berjaya menyempurnakan penulisan ilmiah 20 mukasurat dengan gaya penulisan American Psycological Assiciation (APA) dan semakin mahir bagaimana membina susunan bibliografi yang betul. Yang lebih seronoknya, bila penghasilan label cakera padat adalah hasil pembelajaran melalui penerokaan, bukan sesiapa menunjuk cara. Bukankah menyeronokkan apabila berjaya di dalam cubaan pertama? Puas rasanya.
CD ini sebenarnya ada kaitan dengan pengalaman saya mengendalikan web based learning ThinkQuest di sekolah kesayangan saya sebelum ini dan pengalaman itu begitu berharga .Saya terjemahkan di dalam bentuk penulisan ilmiah seperti ditugaskan oleh Cik R. Cik R adalah pensyarah subjek Isu-Isu ICT dalam pendidikan dan pastinya pensyarah kegemaran saya. Setiap kali masuk ke kelasnya, saya begitu bermotivasi untuk berkongsi idea bernas dengan lontaran-lontaran pendapat bersama rakan-rakan lain. Dalam kisah seterusnya nanti saya akan menyentuh tentang kumpulan belajar gila-gila saya yang menjadikan saya tidak kering gusi setiap kali belajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan