Ahad, Januari 03, 2010

Bimbang



Semalam kelas Pengaturcaraan sesi pertama. Kelas bermula 8.30 pagi di Pentagon Makmal IT 2. Kami diminta memperkenalkan diri. Seorang demi seorang memperkenalkan diri dan meyebut pengkhususan ijazah pertama seperti yang diminta oleh pensyarah Dr H. Tiba-tiba rasa bimbang menyelubungi saya. Ini kerana Dr H berkata jikalau tiada asas programming(pengaturcaraan), agak susah untuk mendapatkan markah yang baik. Ketika memperkenalkan diri, saya berterus terang saya risau dan berdebar-debar mengikuti kelas ini. Dr H tersenyum dan beliau cuba menenangkan saya. Katanya ada pelajar yang bukan berlatarbelakangkan IT telah berjaya dengan cemerlang kerana usaha ekstranya sedari tidak mempunyai asas. Fikiran saya puzzle.

Di satu ketika yang lain, saya cuba menenangkan diri saya dengan mempositifkan diri. "Yang penting aku mesti faham sebaik-baiknya, kalau tak aku mesti jumpa Dr H", saya berkata dalam hati. Namun yang menariknya, saya seorang sahaja yang mengeluarkan nota pembelajaran pertama dan course outline. "Sebabnya aku tak terror, macam dia orang, itu sebab aku sediakan payung sebelum hujan" , saya berkata sendirian lagi. Nota kuliah pertama itu merangkumi input untuk kelas pertama yang saya muat turun dari portal Dr H. Pembelajaran berlangsung. Saya dapat menjawab dan memahami dengan baik tetapi rasa bimbang berlegar-legar di dalam hati. Malam sebelumnya saya masih ingat, saya membuat nota ringkas sebagai persediaan untuk kelas hari ini.
Saya dapati saya seorang sahaja tidak ada asas programming. Saya bertanya rakan sekuliah. Di mana saya boleh dapatkan ekstra kelas. F mencadangkan saya mengikuti tutorial di internet. Saya perlukan guru. Saya sedang mencari-cari. Ini satu cabaran. Subjek ini mesti diambil dan tiada pilihan untuk jurusan seperti saya. Memang mencabar. Namun jauh di sudut hati saya, ada satu keberanian terasa. Ada satu semangat yang menjadikan saya teruja untuk mempelajari perkara baru. Mampukah saya? Kata Dr H ada pelajar TESL yang tidak ada asas tetapi akhirnya cemerlang kerana rajin berusaha. Saya ingin seperti itu!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w