Jumaat, Januari 01, 2010

Sehari sebelum 2010-part 2

Sembilan tahun telah berlalu, banyak kenangan yang mewarnai fasa perkahwinan kami. Nyatalah, kebahagiaan ini berterusan dan moga akan berterusan diberkatiNya. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk saya buangkan jauh-jauh sekaligus menjadi pengajaran. Mana-mana pasangan suami isteri yang melayari kehidupan berumahtangga tidak sunyi dari dugaan. Semuanya itu sama ada manis, pahit, masam-masam kelat menjadikan saya lebih matang dan yang penting mensyukuri segala pemberian Tuhan. Saya akur kadangkala untuk mendapatkan yang terbaik, sudah tentu saya dikehendaki melalui ujian-ujian. Alhamdulillah.
Kepada Suami tercinta, Mohamad Razmin Mahmud, hanya Allah yang dapat membalas segala bimbingan, perhatian, pengorbanan dan kasih sayang. Terima Kasih Yang Tidak Terhingga. Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke 9 pada 31 Disember. Semoga kita akan terus meniti hari-hari bahagia.
"Susah senang kita sama-sama" itulah tagline kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w