Jumaat, Januari 01, 2010

Sehari sebelum 2010 -part 1

Memang sesuatu yang ditunggu-tunggu setiap kali menjelmanya tarikh 31 Disember, sehari sebelum tahun baru. Tarikh ulangtahun perkahwinan kami. Diam tak diam, usia perkahwinan kami dah memasuki tahun ke 9. Cuma cara sambutan yang berbeza setiap tahun mewarnakan lagi hari-hari indah kami dan yang pastinya sebelah malam kami keluar menyaksikan percikan bunga api pra sambutan tahun baru 2010. Pagi semalam saya ke kelas meneruskan kuliah seperti biasa sementara Mister saya diminta untuk menyiapkan setting baru untuk penyelarasan program televisyen tempatnya bekerja. Kami sarapan bersama-sama sebelum bergerak ke destinasi berlainan pada hari ulangtahun ke 9. Saya merasa sedikit ralat namun kerana tuntutan kerja, saya akur.

Kelas bermula jam 2 petang tetapi saya dan seorang lagi kenalan HLP 2009 berjanji untuk sampai awal bagi menguruskan tempat menginap di Bahtera Terrace House. Ini kerana setiap hari Jumaat saya akan menginap di sana memandangkan kelas akan berakhir jam 11 malam dan bermula jam 8 pagi keesokannya. Lagi pun, sudah tentu ada hari-hari yang kami dikehendaki menyiapkan tugasan yang memerlukan kami menginap di sana.
Prof Othman berkehendakkan kami menyediakan learning journey portfolio secara sistematik di samping membuat persediaan persembahan bahan secara kumpulan. Sepanjang kuliah, saya kerap juga bertanya dan Prof seperti biasa sedaya upaya menjawab pertanyaan kami dengan penerangan terbaik.

Kuliah berakhir dalan jam 4.30 petang dan ketika memandu fikiran saya berlegar kepada tarikh 31 Disember semalam sehari sebelum 2010. Malamnya kami keluar dan yang lucunya kami tertidur di saat-saat percikan bunga api di sekitar Shah Alam mewarnai udara.!. Warna warni hujung tahun yang berbeza-beza tetapi tetap signifikan. Selamat Menyambut tahun 2010 dan semoga kita sentiasa lebih dekat kepadaNya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w