Rabu, Disember 23, 2009

Lagu Teman

Saya telah lama mencari lagu Teman dendangan Love Hunters ini. Sejak mendengar di Sinar pagi( yang memutarkan lagu ini hampir setiap hari) saya terus terpesona. Saya suka dengan irama segarnya, petikan gitar ( yang sangat indah seperti bunga-bunga yang tersenyum ) dan seni kata lagunya. Pagi ini pencarian saya berhasil. Mungkin saya menggunakan kata kunci tidak betul selama ini kerana membuat teori sendiri ia didendangkan oleh kumpulan seberang tetapi sebenarnya dari Malaysia. Maka pencarian selama itu gagal. Mengapa lagu ini? Pertama ia menceriakan hari-hari saya terutama di pagi-pagi begini. Rasa terbuai-buai dengan irama sambil menyanyikan bersama-sama. Catchy dan menghiburkan hati. Untuk semua pengunjung MATA HATI, moga terhibur dengan sisipan khas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w