Rabu, September 29, 2010

Wahai Jiwa Yang Tenang

Ketika ini saya terpanggil untuk menyelami kesedihan seorang kakak dan juga sahabat baik saya, Puan Norakmar Yusoff yang baru sahaja kehilangan suami yang kembali ke rahmatullah semalam. Sayu hati melihat sahabat saya ini ketika menziarahi beliau. Terpempan dan tenang dengan sesekali hiba. Anak lelaki beliau adalah bekas pelajar saya yang akan menduduki peperiksaan PMR minggu depan. Jika meletakkan diri sebagai anak, saya juga telah mengalami kesedihan ini apabila kehilangan ayahanda tercinta pada 2005. Yang  saya mampu adalah berkongsi kesedihan selain menyedekahkan al-fatihah. Saya terjumpa pula kata puitis ini dan ini mengingatkan saya sedalam-dalamnya, kita juga akan "kesana" satu hari nanti.




Mungkin

Dalam jauh perjalanan kita
Dalam banyak ruang yang telah kita pijak
Dalam hilai tawa yang telah kita ukirkan
Dalam banyak trofi yang telah kita julang
Rupa-rupanya tetap juga kita merasa kesepian
Akhirnya mencari-cari bahasa rindu

Kita jadi tertanya
Bagaimanakah nikmat rindu itu?
Rindu pada ibu dan ayah?
Rindu pada isteri, suami, anak-anak, insan tersayang?
Pada kampung halaman nan indah?
Atau
Kita pernah merasa rindu pada tanah?

Tapi di sebalik semua rindu itu...
Bagaimana indahnya merindui ALLAH
Di mana dan bagaimana?
Kerana barangkali rindu padaNya
Telah sekian lama terabai


sumber: http://janganbersedih.blogspot.com/
"...Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diridhaiNya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu..."
(Surah Al-Fajr: 27-30)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w