Sabtu, April 23, 2011

Terbang RM150

Tengahari tadi semasa saya dan mister menikmati makanan tengahari, surat berdaftar untuk saya pun sampai. Rupanya surat saman untuk saya. Maka akan terbanglah RM 150 kerana memandu melebihi had laju. Terlebih 24 km dari had yang ditetapkan. Sepatutnya sekitar Lebuhraya Elite melepasi Subang Jaya hanyalah 90 Km sahaja. Apakah..?. Terkuranglah ongkos nak berbelanja di Vietnam nanti kerana RM 150 dah kena bayar saman. Saya sedar juga sebenarnya tapi dah terlambat ketika melepasi kamera "speed trap" dalam perjalanan balik ke Seremban. Jadinya, nak ke tak nak ke dengan senyum berseri-seri dan tanpa prejudis, bayar jela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w