Sabtu, April 23, 2011

Ubahsuai Lampu Rotan

Sekitar hujung bulan lepas, saya dan mister berkesempatan santai-santai di Nilai 3 sambil membeli bunga telur dan bunga manggar bagi majlis adik ipar saya. Dah selesai, kami jalan-jalan berkereta.  Dalam banyak-banyak benda sebelum nak balik, , mata kami tertumpu kepada lampu rotan. Tak berfikir lama, mister saya pun 'cash and carry' sebanyak 2 unit. Okla tukan cuma yang agak lucu adalah penggunaannya bukanlah terhad kepada lampu sahaja. Kami ubahsuai  ikut sesuka hati kami. Ada kalanya jadi penyangkut topi dan penyidai baju. Apakah..? hehehe. Sampailah sekarang, sebenarnya lampu rotan ini belum kami  sempat pun kami pasang lampunya. Bila tetamu datang, mesti bertanya "  ini apa "dan saya menjawab.."semua pun boleh". Ada sekali mister saya buat "menggoreng" gitar guna lampu rotan. Serius kelakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w