Rabu, Mei 18, 2011

Rindu nak Jadi Cikgu balik...

Walaupun saya 'bercuti sekejap daripada menjadi guru' kerana menyambung pengajian sarjana sepenuh masa, itu bukanlah satu halangan untuk saya tidak menyambut hari guru. Semalam banyak pesanan ringkas masuk, kebanyakan daripada bekas pelajar dan rakan taulan. Masing-masing dengan kreativiti pantun'catchy' mengucapkan selamat hari guru. 
Mereka kini tingkatan 5- beberapa pelajar 3 Raflesia 2009

Masa berlalu begitu pantas. Guru tidak dapat mengingati ratusan pelajar setiap tahun tetapi pelajar yang mengingati guru walaupun hanya ucapan sms, itulah hadiah dari hati paling bermakna buat saya. Terima Kasih bekas pelajar 3 raflesia 2009, dan bekas pelajar 2 dinamik iaitu Siva dan bekas pelajar 5 yasmeen Aiman Hakeem. Rindu nak jadi cikgu balik huaaa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w