Jumaat, September 16, 2011

Kuat 'super extra'

Walaupun sedikit penat, ia tidak pernah mematahkan semangat aku untuk menyempurnakan disertasi akhir. Semalam selepas perjumpaan dengan supervisor, aku telah pun dapat konklusi untuk menulis dapatan. Namun semuanya bergantung kepada kecekalan aku. Mengikut telahan supervisor, aku akan dapat menyiapkan sebelum Oktober. Walaupun begitu, masih ada beberapa perkara yang mesti aku sempurnakan terutama literature review dan bab akhir, Secara peribadinya, bab 3 dan 4 aku dapat sempurnakan yang menjadi kekuatan kajian keseluruhan.

Ini bermakna bagi semester akhir ini, aku mesti  kuat 'super extra' jika ingin menyiapkannya menjelang akhir september ini. Walaupun aku  dijangka menghabiskan pengajian sarjana keseluruhan 11 Disember ini, ia belum lagi termasuk proof reader. Dan yang membuat aku rasa berkobar-kobar  untuk menyiapkannya adalah Damia Maisarah.
Gambar daripada Google Images.

1 ulasan:

  1. salam, tahniah, saya baru abis collect data.. ramai juga yg minta sambung.. tapi saya tetap nak balik sekolah tahun depan.. ok good luck..

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w