Ahad, Ogos 31, 2008

Bukan Senang


Dek kerana teruja mengemaskini blog, tiba-tiba berlaku kesilapan teknik. Selama setengah jam saya termangu bagaimana untuk memulihkan kembali alamat Html yang bertindih di antara foto dan teks. Saya berfikir bagaimana saya akan menghadapi kenyataan sekiranya blog saya ini tidak dapat diakses. Apabila diakses, amaran makluman tidak dapat diakses, keluar di skrin. Saya dapati foto kesayangan saya tidak berada di dalam keadaan sistematik. Lantas??


Apa lagi,melalui telefon bimbit, saya menggunakan Opera Mini untuk mengemaskini apa yang sepatutnya. Saya buntu dan terpaksa membuat pilihan. Sekiranya saya tidak memadamkan catatan Mencari Tenaga Keupayaan di mana alamat Html foto dan teks, ia tidak dapat dibaca. Sebelumnya, saya mencari alternatif dengan memadam alamat Html tetapi gagal.
Akhirnya, sebaik saya memadamkannya, blog saya menjadi lancar untuk diakses. Alhamdulillah, ia tidak memberi kesan kepada catatan dan foto yang lain. Itu pun melalui Opera Mini. Di sini, saya semakin mengerti teknologi komunikasi tanpa sempadan amat benar.

Namun sayang sekali, catatan itu terpaksa dipadam dari blog saya. Kepada Puan Zuraida, saya faham apa maksud teruja dan semakin teruja jika ada cabaran getir di hadapan.

3 ulasan:

  1. thank 2 u 2...sudi gak teacher nk visit psycho site...syuk harap teacher dah slamat smpi kt kampung..moga2 slamt balik gak..
    tp jgn lpe daftar as new member 4 pycho bosom..

    +myy SyUKnoW+

    BalasPadam
  2. waahh..teacher!!!

    cntik laaa blog teacher skunk!

    sye de try 2kar...

    tp x jd...

    T-T

    BalasPadam
  3. Syuk n Farah Hani, tkasih krn sudi mengunjungi blog tcher. Tcher tukar template agak kerap sbg satu penghargaan kpd semua yg 'singgah'.
    Penghargaan utk smua tp masih tdk puas hati lg ni.

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w