Sabtu, Ogos 30, 2008

Ramadhan Yang Dinanti


Saya rasa tidak sabar-sabar mahu menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Besok petang saya akan pulang ke Seremban untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga. Semoga Allah merahmati kita semua dan dapat menjalani ibadah puasa sebaik-baknya.
Terima Kasih Chuan Tuck@ Iskandar menghantar ucapan sms dan mengunjungi blog saya.Menurut Chuan Tuck beliau juga akan turut berpuasa dan sebagai pelajar perubatan, beliau pasti tahu kelebihan berpuasa untuk kesihatan.

Ketika blog ini dikemaskini, saya terpempan sekejap apabila menerima sms daripada Puan Noraida memberitahu Puan Anita Tajuddin( seorang lagi kakak yang dekat di hati saya) baru sahaja kehilangan ayah tercintanya jam 8.50 malam sebentar tadi. Seperti kebetulan, saya baru semalam menulis catatan tentang ayah. Ya Allah.. Kuatkanlah hati kakak saya ini. Saya sangat memahami perasaannya. Saya pernah melaluinya seperti yang saya telah catatkan di ruangan Abah Punya. Al Fatihah.

2 ulasan:

  1. hai teacher..smoga slamat smpi dan slamat balik x lupe jgk SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...

    BalasPadam
  2. salam. tcher mastura yg dsayangi. thnkz for visiting our PSYCHOs Bosoms blog! ur da best tcher EVA okay! btw, slamat brpuase. klaw ade rzeki, hrap puase pnuh laa yer! smoge jmpe lgi. i luv u very much tcher! ;))

    BalasPadam

Solat Cara Nabi s.a.w