Sabtu, Ogos 02, 2008

Keikhlasan & Kejujuran

Saya sering mengingatkan anak-anak didik saya betapa perlunya ikhlas dan jujur di dalam perlakuan kita sehari-hari. Jangan sehingga kita berbuat sesuatu yang bertentangan dengan norma untuk jadi baik, hanya kerana ingin membuktikan kitalah yang paling berjaya. Tadi, saya telah luahkan apa yang patut saya nyatakan bahawa meniru dan memberi tiru semasa peperiksaan adalah perbuatan yang mencalarkan maruah diri. Malah, selain menipu diri sendiri, anda tidak mungkin akan dipercayai oleh guru anda lagi. Adakah anda rasa tertekan untuk menghasilkan keputusan yang sungguh tip top maka anda menggunakan kaedah tiru dan memberi tiru untuk menyelamatkan reputasi peribadi dan kelas sendiri?

Sedangkan air ada pasang surutnya, dan jikalau anda mengklasifikasikan diri anda sebagai sentiasa berjaya dalam kehidupan, anda sebenarnya gagal.
Saya gembira kalau keputusan itu tidak setara mana tetapi anda berusaha sendiri mentelaah dan melatih tubi sejujur-jujurnya. Renung dalam-dalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Solat Cara Nabi s.a.w